• Habib_dan_Kaedah_Bertawassul
  • Habib_dan_Kaedah_Bertawassul
1

?Habib dan Kaedah Bertawassul

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Habib dan Kaedah Bertawassul

Author: Nur Adilah Amiruddin & Fadlan Mohd Othman

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674128029

Pages: 114pp

Year: 2019

Price: RM25

Menurut Ibn aI-Qayyim rahimahullah, dua syarat suatu amalan itu diterima adalah ikhlas dan menepati petunjuk al-Quran serta al-Sunnah. Bahkan Nabi SAW juga pernah berpesan supaya umat Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah baginda. Namun, akhir-akhir ini pelbagai kumpulan telah muncul dengan fahaman dan amalan yang tersendiri termasuklah golongan Habib yang dikenali sebagai keturunan Nabi SAW. Kedudukan tersebut menjadikan masyarakat begitu mudah menerima sebarang amalan yang diketengahkan oleh golongan Habib. Sebagai contoh, amalan yang diterima oleh masyarakat adalah bertawassul kepada orang yang telah meninggal dunia di kawasan perkuburan. Perkara ini mendapat perhatian oleh masyarakat umum. Pada hakikatnya, amalan tawassul adalah suatu amalan yang menjadikan sesuatu sebagai perantara ketika berdoa. Walau bagaimanapun, ia perlu diamalkan selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah serta pendapat jumhur ulama, jika tidak ia mampu menjerumuskan seseorang ke dalam Iembah kesyirikan. Oleh itu, buku ini dihasilkan bagi menjawab persoalan-persoalan tentang amalan tawassul yang diamalkan oleh sebahagian golongan Habib. Diharapkan buku ini dapat menjelaskan kepada masyarakat perbezaan antara tawassul yang dibenarkan dan tawassul yang dilarang menurut Islam.

NUR ADILAH AMIRUDDIN, Sarjana, Pengajian Al-Quran dan AI-Sunnah (Hadis) (UKM), merupakan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam. FADLAN MOHD OTHMAN, PhD., merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, UKM, berkepakaran dalam bidang Praktikal Takhrij Hadis, Ulum Hadis, Penyelewengan dalam Hadis serta Kajian Teks Tafsir dan Hadis.