15 Tokoh Pejuang Kemerdekaan dari Perak
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
15 Tokoh Pejuang Kemerdekaan Dari Perak
Editor: Ishak Saat & Nazirah Lee
Publisher: Hajeedar Abdul Majid
ISBN: 9789670050614
Weight: 0.461
Pages: 288
Year: 2022
Price: RM40
Buku ini mengisahkan tentang perjuangan kemerdekaan Malaysia. Perjuangan rakyat, ia bermula di bumi bertuah negeri Perak Darul Ridzuan. Kesedaran dan kebangkitan anak-anak muda kelahiran negeri Perak memberi impak besar dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu waktu itu. Gema merdeka bermula di bumi Perak dan seterusnya disahut silih berganti dari negeri-negeri Melayu yang lain. Kemunculan Sultan Idris Training Collage (SITC) di bumi Mualim, Tanjung Malim, Perak tahun 1922 yang berperanan memupuk semangat kesedaran orang Melayu untuk bangkit membela bangsa Melayu yang sekian lama tertindas. Kesedaran dalam kalangan guru pelatih membuahkan sebuah pergerakan rakyat di bawah gerakan Kesatuan Melayu Muda (KMM) sekitar tahun 1938. Kemudian kemunculan institusi pendidikan agama seperti Maahad II Ihya AsSyarif di Gunong Semanggol, Perak pada tahun 1934 menyemarakkan lagi semangat menentang penjajah British. Munculnya tokoh-tokoh kelahiran negeri Perak yang memimpin perjuangan rakyat. Antara mereka ialah Burhanuddin Al Helmy, Ahmad Boestamam, Abu Bakar Al Baqir, Abdul Majid Salleh, Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz dan ramai lagi. Garapan perjuangan ini walaupun berlainan aliran pemikiran namun kerana matlamat yang satu, permuafakatan politik perjuangan dapat disatukan demi mencapai kemerdekaan.