• Design_5d
  • Design_5d
1

Abu Urwah: Legenda Tanpa Sorotan

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products
Abu Urwah: Legenda Tanpa Sorotan - Sebuah Biografi Saari Sungib

Author: Dr Hamdi Ibrahim

Publisher: ILHAM Press

ISBN: 9789672007371

Weight: 0.35 kg

Year: 2020

Page: 280 pp

Price: RM35

Abu Urwah:Legenda Tanpa Soroton adalahsebuah buku yang menceritakan “the untold story” mengenai sosok Saari Sungib,seorang tokoh gerakan Islam yang cukup terkenal dengan bukunya Risalah Usrah. Buku yang menjadi fenomenal terutama dalamgerakan Islam di Asia Tenggara pada dekad-dekad 1980an sehingga 2000an. Hampir menjadi pemain hoki kebangsaan, menjadi pemimpin mahasiswasemasa zaman belajarnya di UK, mengasaskan Jamaah Islah Malaysia (JIM), terjunke medan siasah semasa zaman kemuncak reformasi 1998 dan ditahan akta ISA sertalain-lain antara cerita-cerita yang menarik yang ada dalam buku biografi ini.Buku ini juga mendedahkan tentang IRC - Islamic Representative Council - sebuahpertubuhan pelajar yang berpengaruh dan kontroversi.

------------------

Seorang yang dikatakan legenda, siapa pun dia, tidak akan pernah dilupakan,walaupun tanpa sorotan. Perjalanan hidup sertasudut pandang epistemologinya, akan terus membuat darah muda yang sedang mencari arah barumenggigil kerana terinspirasi. Penulis sedar bahawa Saari Sungib – Abu Urwah, tidakbegitu selesabuku ini diberi judul LegendaTanpa Sorotan. Baginyapanggilan legenda itu hanya mahumemaksudkan seseorang ituhebat dan luar biasa. Mana mungkin? Ini menyalahi prinsip kerja dan perjuangannya! Apayang dihayatinya sepanjanghidupnya adalah bergerak mestilah berjamaah. Berpegang kukuh kepada dalil dan hujah. Bertindakatas landasan syuradan amal jamaie.

Abu Urwah tidak membina kemenangan atau kekuatan di atas personalitiindividu atau jenama mana mana kumpulan. Diabersama-sama mencetuskan syura, melakarkan wawasan, mengatur sumber dan menggembleng tenaga.Mula dengan bismillah dia pun bekerja. Selepas itu dia bekerjadan terus bekerja.Tidak ada sorotan yang perlu dicatatkan.Sorotan tidak dibina atasnama seseorang. Tetapi pengajaran meresap dan menyerap ke akar umbi dan akal budigolongan mukhlisin. Diadatang membantu dan memberikan yang terbaik selepas itu beredar pergi.

Untuk lanjut membaca prakata penulis, lihat di sini.

------------------

"Saya sudah mengenali Saari Sungib lebih 38 tahun. Perkenalan ini berlaku semasa kami sama-sama menggerakkan dakwah, tarbiah serta usaha-usaha sukar mendirikan institusi pendidikan rendah dan menengah sejak tahun 1982 lagi. Beliau banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan amal dakwah dan islah, termasuk meninggalkan jawatan sebagai seorang pensyarah sebuah universiti tempatan semata-mata untuk memberikan khidmat sepenuh masa dalam meneraju dakwah terutamanya semasa era Jemaah Islah Malaysia (JIM). Beliau adalah di antara tulang belakang dan pemikir dalam usaha membina sistem dan institusi pendidikan bersepadu Al- Amin dan Musleh yang sebahagiannya telah diselaraskan di bawah JIM dan kini dikenali sebagai Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Beliau merupakan seorang yang berbakat tinggi dalam penulisan. Ini telah dibuktikan menerusi senarai buku, monograf, ucapan, esei, puisi, artikel dan prakata buku yang ditulisnya. Beliau adalah seorang yang tegas. Tidak diragui bahawa ketegasan inilah juga yang telah menyebabkan dua kali beliau dipenjarakan tanpa bicara di bawah Internal Security Act (ISA)".

Al-Fadhil Ustaz Alias Othman, Mantan Timbalan Presiden JIM