• Scan_20160219_19_1024x1024_2x
  • Scan_20160219_19_1024x1024_2x
1

Ahli Kitab Menurut Ibn Hazm Dan Al-Shahrastani

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Ahli KitabMenurut Ibn Hazm Dan Al-Shahrastani

Author: Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Mohd FaizalAbdul Khir

Publisher: DewanBahasa dan Pustaka

ISBN: 9789834618414

Year: 2016

Weight:0.350 kg

Pages: 313pp

Price: RM35

Secara umumnya Ahli Kitab merujuk kepada mana-mana golongan yang mempercayai dan menerima wahyu dan memperakui nabi walaupun dengan kepercayaan yang menyeleweng. Konflik dan percanggahan pendapat masyarakat tentang golongan ini masih belum ada titik noktahnya. Antara yang paling banyak diperkatakan perkahwinan orang Islam dengan Ahli Kitab, aspek halal dan haram, penyembelihan dan pemakanan. Sebahagian sarjana Islam mengambil pendekatan tegas dalam masalah ini sehingga hampir menafikan nas yang jelas dalam al-Quran. Manakala sebahagian yang lain pula cenderung kepada keluasan fiqh Islam sehingga membuka luas pintu liberalisme.

Penulis menggarap buku ini berdasarkan huraian dan dan perbincangan yang mendalam tentang Ahli Kitab oleh dua orang sarjana yang terkenal, iaitu Ibn Hazm dan Imam al-Shahrastani. Mereka telah memberikan pemaknaan dalam mencerakinkan status Ahli Kitab pada waktu ini. Penulisan buku ini memberikan taakulan terhadap konsep Ahli Kitab bersandarkan kepada pandangan kedua-dua tokoh tersebut.