Empty Image

Akses Dan Cabaran Pendidikan Al-Quran Bagi Murid Berkeperluan Khas Kurang Upaya Pendengaran

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Akses Dan Cabaran Pendidikan Al-Quran Bagi Murid Berkeperluan Khas Kurang Upaya Pendengaran

Author: Izuli Dzulkifli
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672518129
Weight: 0.203 kg
Pages: 123pp
Year: 2022
Price: RM32

Pendidikan al-Quran bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) kurang upaya pendengaran memerlukan perancangan dan strategi yang teliti daripada guru. Guru perlu mengenalpasti ciri-ciri dan kriteria setiap MBK kurang upaya pendengaran sebelum melaksanakan pengajaran al-Quran, kerana bukan semua murid tidak boleh mendengar sepenuhnya dan bukan semua murid tidak boleh mengeluarkan suara. Guru juga perlu mengenalpasti kelebihan, kekurangan, kekuatan dan kelemahan murid tersebut agar guru dapat merencanakan pengajaran yang bersesuaian dengan murid tersebut. Pengajaran guru terhadap kemahiran dalam pembelajaran al-Quran perlu disampaikan secara bertahap dan berperingkat mengikut keupayaan yang ada pada seseorang murid. Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian bagi meningkatkan kualiti pendidikan al-Quran kepada MBK kurang upaya pendengaran adalah kelayakan dan latihan guru. Oleh itu, guru perlu diberi latihan dan kursus yang berkaitan dengan pendidikan al-Quran kepada MBK kurang upaya pendengaran secara khusus. Hal ini kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran sentiasa berkembang dengan inovasi yang terkini serta boleh dipelbagaikan mengikut keupayaan MBK kurang upaya pendengaran.