• 1-250x300.png
  • 1-250x300
  • 1-250x300.png
  • 1-250x300
1

Al-Rasm Al-Ishari

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Al-Rasm Al-Ishari

Author:  Norakyairee Mohd Raus, Mohd Nur Adzam Rasdi, Nur Amalina Azhar
Publisher: USIM Press
ISBN: 9786297636795
Page: 100 m/s
Year: 2018
Price: RM22

Jika murid tipikal belajar asas tilawah Quran menggunakan Buku Iqra', manakala murid berkeperluan khas penglihatan belajar melalui transkripsi Buku Iqra' versi Braille.

Bagaimana pula dengan murid berkeperluan khas pendengaran? Ketidakupayaan mereka mendengar dan bersuara menyebabkan Buku Iqra' kurang dijadikan asas pembelajaran Quran kerana prinsip kaedah Iqra' adalah fonetik (bunyi) sedangkan murid istimewa ini mempunyai kesukaran mengeluarkan bunyi sesuai dengan makhraj dan tajwid.

Justeru, penghasilan buku Al-Rasm Al-Ishari ini mampu mencapai objektif al-tartil sesuai dengan ketidakupayaan murid berkeperluan khas pendengaran.

Hal ini merujuk kepada definisi baharu tilawah Quran bagi komuniti orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang membawa maksud keunikan teknik membaca Quran yang dirujuk sebagai kaedah membaca Quran tanpa suara dengan mengisyaratkan (membatangkan) setiap huruf-huruf Quran (Rasm Uthmani) berbantukan isyarat Kod Tangan Quran yang mewakili setiap huruf.

Kaedah dan teknik ini telah dibentangkan dan mendapat kelulusan Panel Pakar Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kali ke-103 dan kelulusan penyelarasan penggunaan Isyarat Kod Tangan al-Quran oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) di Kementerian Dalam Negeri (Bil.108/2.2023).