Aqidah Tahawiyyah: Syarah dan Ulasan oleh Syaikh Al-Albani
- Regular price
- RM 48.00
- Sale price
- RM 48.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Aqidah Tahawiyyah: Syarah dan Ulasan oleh Syaikh Al-Albani
Translator: Maktabah Dar Ar-Rakhis Enterprise
Publisher: PiS
ISBN: 9789671443194
Weight: 0.6kg
Pages: 454
Year: 2024
Price: RM48
Kitab ‘Aq?dah al-?a??wiyyah ini adalah sebuah kitab matan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jam?‘ah yang dikarang oleh Im?m Ab? Ja‘far al-?a??w? rahimahull?h dan disertakan dengan syarahan serta ulasan oleh Syaikh Mu?ammad N??ir al-D?n al-Alb?n? rahimahull?h. Ini merupakan kitab permulaan yang sangat baik bagi mereka yang ingin mendalami akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jam?‘ah. Syarahannya begitu ringkas, tetapi padat. Buku ini juga penting untuk membetulkan persepsi sebahagian pihak yang menuduh Syaikh Mu?ammad N??ir al-D?n al-Alb?n? dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar seperti beliau berakidah murji’ah. Di dalam buku ini kita dapat melihat bagaimana beliau men-taqrir-kan masalah iman sesuai dengan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jam?‘ah.
Jika dibandingkan buku ini dengan kitab-kitab akidah para im?m terdahulu, contoh yang pertama berkenaan dengan status al-Qur’?n sebagai kalam All?h ataupun sebagai makhluk. Kita boleh lihat bahawa pandangan yang dikemukan di dalam buku ini selari dengan pandangan Im?m al-?abar? di dalam kitab ?ar?? al-Sunnah, Im?m A?mad di dalam Syar? U??l al-Sunnah dan al-L?lik?’? di dalam Syar? U??l al-I‘tiq?d Ahl al-Sunnah wa al-Jam?‘ah. Selain itu, banyak lagi contoh-contoh yang boleh dikemukakan seperti keberadaan All?h di atas ‘Arsy, masalah pembahagian iman, kudrat dan ir?dah All?h, masalah qa??’ dan qadar dan lain-lain.
Pada asasnya, kebanyakan ulasan yang dibawakan oleh Syaikh Al-Albani berkenaan dengan akidah yang dimuatkan di dalam buku ini merupakan saringan dan ringkasan daripada pandangan ulama-ulama terdahulu.
Kebanyakannya dinukilkan daripada kitab Syar? al-‘Aq?dah al-?a??wiyyah yang dikarang boleh Im?m ibn Ab? ‘Izz al-?anaf?. Ada sebahagian daripada matan al-?a??wiyyah ini diberikan ulasan yang ringkas, dan ada yang diberikan ulasan yang panjang. Selain itu, ada juga yang tidak diberikan apa-apa ulasan kerana barangkali Syaikh al-Alb?n? berpandangan bahawa matan tersebut sudah jelas dan tidak perlu diberikan apa-apa ulasan lagi.