Asas Falsafah Dan Pemikiran Melayu
- Regular price
- RM 18.00
- Sale price
- RM 18.00
- Regular price
-
RM 0.00
Worldwide shipping
Secure payments
Authentic products
Share
AsasFalsafah Dan Pemikiran Melayu
Author: Awang Sariyan
Publisher: DewanBahasa Pustaka
ISBN: 153-320-0502011-49-0165-40101
Year: 2016
Weight: 0.205kg
Pages: 141
Price: RM18
Buku ini sekadar pembicaraan umum dan ringkas tentang asas-asas falsafah dan pemikiran Melayu yang berteraskan Islam. Kandungannya merupakan peluasan dan pengolahan semula bahan kuliah penulis untuk kursus wajib di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, iaitu Falsafah dan Logika Melayu. Sebahagian besar bahan, terutama yang berkaitan dengan falsafah, didasarkan bab-bab awal tesis doktor falsafah penulis tahun 1997. Bab tentang logika sebahagiannya berdasarkan mimeograf Hashim Musa (2004) yang berjudul "Logika", iaitu salah satu bahan asas kursus Falsafah dan Logika Melayu yang pada waktu itu dikendalikan oleh beliau, di samping buku Pemikiran Krisis oleh Lok Chong Hoe (1984).Pada asasnya, buku ini mengupas aspek konsep asas falsafah dan logika serta memperlihatkan penerapan falsafah dan logika dalam beberapa ranah kehidupan dalam tamadun Melayu. Penerapan itu dengan jelas dapat dibaca dalam bab yang membicarakan aspek falsafah pendidikan dan implikasinya dalam sistem pendidikan di negara ini. Selain itu, diusahakan juga dengan cara yang ringkas dan terbatas, gambaran falsafah dan logika Melayu dalam beberapa contoh karya persuratan Melayu, yang berbentuk prosan dan juga yang berbentuk puisi.
×
×