Bahasa
- Regular price
- RM 0.00
- Sale price
- RM 0.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Bahasa, Komunikasi dan Sosial Dalam Konteks Pembinaan Masyarakat Madani Sejahtera
Author: Kasyfullah Abd Kadir, Nurhazliyana Hanafi, Che Mohd Zaid Yusof & Mariati Mat Salleh @ Md Nor
Publisher: UMT Press
ISBN: 9789672793076
Weight: 0.6kg
Pages: 271pp
Year: 2022
Price: RM49
Masyarakat Madani mendambakan sebuah kehidupan yang maju dan seimbang dari segi pemikiran, kerohanian, amalan dan kebendaan. Keseimbangan aspek-aspek tersebut merupakan kunci dalam kesejahteraan sejagat yang merupakan teras dalam ajaran Islam. Dalam masa yang sama, kecelaruan pemikiran, amalan dan pembangunan menyebabkan timbulnya pelbagai isu dan masalah yang merencatkan perjalanan kehidupan insan dalam mencari reda Tuhan-Nya. Justeru, pengisian buku ini yang mengandungi kompilasi kertas kerja hasil penyelidikan dengan fokus terhadap isu-isu bahasa, komunikasi dan sosial mampu sedikit sebanyak merungkai kekusutan tersebut. Semua kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar MADANI 2020 anjuran Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL), UMT. Semoga kompilasi hasil penyelidikan ini menjadi pemangkin kepada pengisian masyarakat Madani yang sesuai dengan perkembangan masa dan zaman serta menjadi wacana perbincangan untuk dimanfaatkan bersama.