• WhatsApp_Image_2023-01-19_at_16.01.26.jpeg
  • WhatsApp_Image_2023-01-19_at_16.01.26
  • WhatsApp_Image_2023-01-19_at_16.01.26.jpeg
  • WhatsApp_Image_2023-01-19_at_16.01.26
1

Bantahan Ulama Kurun Ke-6 Hijrah Terhadap Manhaj & Amalan Melampau Ahli Sufi

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Bantahan Ulama Kurun Ke-6 Hijrah Terhadap Manhaj & Amalan Melampau Ahli Sufi

Author: Prof Dr Basri bin Ibrahim Al-Azhari
Publisher: Manhaj Clear
ISBN: 9789671637142
Weight: 
Pages: 
Year: 2022
Price: RM30

“Ulama sepanjang zaman akan berusaha membantah dan membongkar penyelewengan yang diwujudkan oleh mereka yang jahil dan melampau. Sifat melampau di dalam agama adalah penyakit yang merosakkan keaslian agama. Sifat melampau dalam agama ini terjadi disebabkan beberapa faktor. Antara faktornya ialah kejahilan. Ibn al-Qayyim di dalam Ighathah al-Lahfan menukilkan daripada Sufyan bin ‘Uyaynah:

من فسد من عبادنا ففيه شبه من النصارى، ومن فسد من علمائنا ففيه شبه من اليهود؛ لأن النصارى عبدوا بغير علم، واليهود عرفوا الحق وعدلوا عنه.

Terjemahan: “Sesiapa yang rosak daripada kalangan ahli ibadat kita padanya ada persamaan dengan Nasrani dan sesiapa yang rosak daripada kalangan ulama kita maka padanya ada persamaan dengan Yahudi. Ini kerana Nasrani menyembah tanpa ilmu dan Yahudi mengetahui kebenaran tetapi berpaling daripadanya”.
(Ibn al-Qayyim, t.th)

Justeru, usaha untuk menghimpunkan bantahan ulama muktabar terhadap sebahagian golongan sufi yang melampau adalah suatu usaha yang sangat baik dan terpuji. Saya mengharapkan agar usaha ini memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa wujudnya dakwaan tidak tepat yang telah dibantah oleh ulama silam yang muktabar. Penjenamaan kumpulan tertentu sebagai ahli sufi semata-mata tidak cukup untuk membenarkan semua dakwaaa mereka. Moga usaha sahabat saya Profesor Dr Basri ini diganjari pahala oleh Allah”

Kata Pengantar
Profesor Madya Dr Muhamad Rozaimi bin Ramle
Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Perlis,
Ketua Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI