• WhatsApp_Image_2024-12-02_at_16.01.30.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-12-02_at_16.01.30
  • WhatsApp_Image_2024-12-02_at_16.01.30.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-12-02_at_16.01.30
1

Daya Saing

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Daya Saing, Halangan Perdagangan dan Potensi Eksport Minyak Sawit Dunia

Authors: Hakimah Nur Ahmad Hamidi, Norlin Kalid dan Zulkefly Karim
Publisher: UKM Press
ISBN:  9786294862586
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2024
Price: RM25

Tahap pengeluaran dan penggunaan yang tinggi telah membuktikan minyak sawit sebagai komoditi utama dunia sehingga ke hari ini. Namun begitu, industri minyak sawit berhadapan dengan pelbagai cabaran yang boleh menggugat kedudukannya di pasaran antarabangsa. Justeru, pemahaman yang mendalam tentang keseluruhan prestasi industri ini dari sudut daya saing eksport, impak halangan perdagangan dan potensi eksport adalah penting bagi memastikan industri ini terus memberikan pulangan yang tinggi kepada pendapatan negara dan kekal relevan di mata dunia. 

Buku ini memberikan beberapa maklumat baharu dan saranan yang berguna kepada kerajaan dan penggubal dasar bagi membantu industri minyak sawit berhadapan dengan setiap isu dan cabaran global, antaranya kerajaan harus peka dan memberikan penekanan terhadap faktor utama yang mempengaruhi daya saing eksport minyak sawit supaya setiap input yang digunakan dapat memberikan hasil dan pulangan yang maksimum. 

Pendedahan yang lebih meluas tentang kepentingan pensijilan kelestarian terhadap pengusaha minyak sawit dan pengguna di seluruh dunia juga perlu ditekankan bagi memastikan minyak sawit mampan mendapat tempat di pasaran antarabangsa. 

Kemudian, penggubal dasar boleh memanfaat nilai indeks halangan perdagangan yang telah dikira untuk merangka strategi baharu bagi membantu pengeksport minyak sawit memenuhi setiap kriteria yang dituntut oleh negara rakan dagangan. Sehubungan dengan itu, penggubal dasar juga boleh menambah baik dasar-dasar sedia ada bagi memastikan industri sawit berjaya menembusi pasaran luar pada tahap yang maksimum.