• WhatsApp_Image_2024-11-14_at_11.40.03.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-11-14_at_11.40.03
  • WhatsApp_Image_2024-11-14_at_11.40.03.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-11-14_at_11.40.03
1

Denggi dan Komuniti: Kit saringan Asid Deoksiribonukleik

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Denggi dan Komuniti: Kit saringan Asid Deoksiribonukleik

Author: Nur-Fadhilah Mazlan, Tan Ling Ling@Chong Ling Ling
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862012
Tahun: 2024
Weight: 266gsm
Pages: pp
Price: RM35

Berikutan bencana denggi yang kian berulang dan bilangan kes yang semakin meningkat daripada tahun sebelumnya, dua biosensor asid deoksiribonukleik bagi virus denggi serotip 2 yang menggunakan kompleks salfen sebagai label berwarna telah dibangunkan. 
Sebanyak tiga kompleks salfen bervariasikan ion logam zink(II) (Zn2+), nikel(II) (Ni2+) dan kuprum(II) (Cu2+) telah disintesis. Namun begitu, kompleks Zn(salfen) yang berwarna kuning menunjukkan keselektifan tertinggi terhadap struktur heliks berganda asid deoksiribonukleik virus denggi serotip 2 lalu kompleks ini dipilih sebagai label terbaik dan seterusnya diguna pakai dalam mereka bentuk biosensor menggunakan instrumen spektrofotometer pantulan. 


Reka bentuk biosensor pertama adalah berasaskan penggunaan matriks penyokong nanosfera silika terubah suai dengan kumpulan berfungsi amina. Reka bentuk biosensor kedua pula adalah berasaskan pemegun berfasa pepejal mikrosfera poli(n-butilakrilat-co-N-akriloksisusinimida) [poli(nBA-NAS)] yang juga dikenali sebagai mikrosfera akrilik terubah suai N-akriloksisusinimida. 
Kepentingan penglibatan komuniti dalam integrasi biosensor asid deoksiribonukleik sebagai peranti sistem amaran awal dinilai melalui tinjauan borang soal jawab melibatkan penduduk Kajang dan Kuala Selangor.