• 473675880_1697416364536183_5307342715693347083_n.jpg
  • 473675880_1697416364536183_5307342715693347083_n
  • 473675880_1697416364536183_5307342715693347083_n.jpg
  • 473675880_1697416364536183_5307342715693347083_n
1

Diskusi Tokoh dalam Korpus Ilmu Usuluddin dan Falsafah

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Diskusi Tokoh dalam Korpus Ilmu Usuluddin dan Falsafah

Authors: Nur Farhana Abdul Rahman & Faudzinaim Badaruddin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862760
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2024
Price: RM35

Apakah pembaca ingin menyelami pemikiran para tokoh besar dalam teologi dan falsafah Islam? Bidang Usuluddin dan Falsafah menawarkan wawasan yang mendalam dalam memahami asas-asas agama Islam melalui perspektif teologi, agama dan pemikiran falsafah. Buku "Diskusi Tokoh dalam Korpus Ilmu Usuluddin dan Falsafah" menghimpunkan pandangan serta analisis dari para sarjana terkemuka yang merangkumi tokoh-tokoh penting seperti Abu Hassan al-Ash’ari, Imam al-Qushairi, Ismail al-Faruqi, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan beberapa tokoh yang lain.

Setiap bab buku ini membawa pembaca menelusuri sumbangan mereka dalam akidah, tasawuf, kajian agama, pemikiran, falsafah, dan tafsir, serta memaparkan pergulatan idea-idea mereka terhadap perkembangan ilmu semasa. Buku ini bukan hanya menyelami pemikiran tokoh-tokoh, tetapi juga memberikan analisis kritikal tentang penerapan dan relevansi idea mereka dalam dunia moden. Ia merangkumi perbincangan mengenai isu-isu teologi kontemporari seperti nilai falsafah, metode kajian agama-agama, metode pentafsiran, serta pengaruh tradisi intelektual Islam terhadap sains dan teknologi.

Menggabungkan teori dan praktikal, buku ini menjadi rujukan penting bagi pelajar, penyelidik, dan pencinta ilmu yang ingin memperdalamkan pemahaman mereka tentang kepelbagaian serta kekayaan tradisi intelektual Islam. Sebagai sebuah platform dialog intelektual yang merentasi disiplin, buku ini membuka ruang kepada pembaca untuk meneroka dialog antara agama dan pemikiran rasional dalam usaha memahami kebenaran dan makna kehidupan berlandaskan Islam.