• Falsafah_dan_Amalan-600x600
  • Falsafah_dan_Amalan-600x600
1

Falsafah Dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Falsafah DanAmalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas

Author: Wan Mohd Nor Wan Daud

Publisher: UMPress

ISBN: 983-100-241-5

Year: 2005

Weight:0.400 kg

Pages: 404pp

Price: RM40

Islamisasi ilmu pengetahuan semasa dan pendidikan umat Islamtelah banyak diperbincangkan secara serius sejak Persidangan Sedunia PendidikanIslam yang pertama di Makkah pada 1977, tetapi tidak terdapat usaha yangsistematik dan berwibawa untuk menelusuri sejarah idea-idea penting mengenaikedua-duanya. Kehampaan ini menyukarkan usaha memahami gagasan-gagasan pentingdalam pendidikan Islam masa ini, dan menimbulkan banyak masalah dalampelaksanaan di pelbagai tahap.

Buku ini merupakan satu huraian tentang idea-idea dan amalanpendidikan salah seorang cendekiawan Islam yang terulung dan amat kreatif padazaman ini, Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, yang juga telah memainkanperanan mendasar dalam Persidangan Sedunia Pendidikan Islam yang pertama dankedua, dan dalam menyuluh fikiran dan perjuangan kependidikan umat selama lebihdari tiga dekad, menghadapi zaman yang semakin mencabar pandangan alam,tatanilai, dasar akhlak dan Syariat Islam.

Profesor Wan Mohd Nor telah mengetengahkan pelbagai buktidan hujah bahawa Syed Muhammad Naquib al-Attas yang bertanggungjawab menemukandan menghuraikan gagasan kependidikan dan kebudayaan terpenting untuk umatIslam zaman ini, iaitu Islamisasi ilmu pengetahuan semasa dan pendidikan, danmempamerkan amalan idea-idea dan gagasan ini dalam konteks institusi pendidikantinggi, khasnya di ISTAC (International Institute of Islamic Thought andCivilization) Kuala Lumpur, yang diasaskan olehnya dan dipimpinnya.

Karya ini mungkin yang pertama dalam wacana pemikiranpendidikan Islam masa ini. Penulis telah menggunakan pelbagai sumber sama adayang diterbitkan atau tidak, interviu, dan perhatian langsung tentang sikap danamalan Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai seorang pemikir dan pendidik. Bukuini sangat penting kerana ia mengandungi huraian dan analisis sertaperbandingan yang sistematik dan mendalam tentang idea-idea dan amalankeagamaan dan kependidikan subjeknya secara perbandingan dengan tokoh-tokohpemikiran dan pendidikan Islam semasa (seperti Abduh, Iqbal, Fazlur Rahman,Ismail al-Faruqi, S.H. Nasr, Abdul Karim Soroush dll) dan yang bukan Islam. Diantara tajuk besar dan penting yang dibicarakan secara berhubung kait ialahpandangan metafizika Islam (Metaphysical worldview of Islam); ilmu dan pelbagaicara mencapainya; makna, kandungan dan kaedah pendidikan; fardu ain dan fardukifayah; kaedah tauhid dalam epistemologi dan pendidikan; tafsir dan takwilsebagai kaedah saintifik; bahasa Arab sebagai bahasa saintifik; konsep danhakikat universiti Islam; sejarah Islamisasi ilmu pengetahuan semasa danrespons terhadapnya dan lain- lain.