• 96243254_10158254498934834_7051029375843565568_n
  • 96243254_10158254498934834_7051029375843565568_n
1

Falsafah Politik Malaysia: Suatu Wacana Tradisi

Regular price
RM 0.00
Sale price
RM 0.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products
Falsafah Politik Malaysia: Suatu Wacana Tradisi, Adat dan Budaya

Author: Jamizal Zainol

Publisher: Yayasan PEACE

ISBN: 9789671804605

Pages: 154 pp

Weight: 0.266kg

Year: 2020

Price: RM 40.00

Buku Falsafah Politik Malaysia:Suatu Wacana Tradisi, Adat dan Budaya adalah pandangan penulis berkenaanfalsafah politik konservatisme yang melihat hubungan kesalingan antara kerajaandan rakyat berasaskan tradisi, budaya dan sejarah yang membentuk pandangan alampolitik di Malaysia. Hubungan kerajaan dan rakyat ini digarap melalui tema-temabesar kenegaraan iaitu hak asasi manusia, keadilan ekonomi dan pembangunanlestari. Penulis juga menyampaikan pandangan beliau bagaimana tema-tema besarini juga perlu difahami melalui falsafah moral dan etika supaya isu-isuberbangkit dalam sebuah negara ditangani dengan sebaik-baiknya melalui acuantradisi dan budaya Malaysia. Penulis melihat politik konservatif ialah suatupendidikan kepada pemain-pemain politik kerana ianya bersandarkan kepadaprinsip “membina itu payah meruntuhkan itu mudah”.

Mohd Jamizal Zainol memegang IjazahSarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa, SarjanaUndang-Undang (LLM) dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan(MBA) dari Edinburgh Business School, Heriot Watt University. Beliau diterimamasuk sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun2006. Pada tahun 2018, beliau dilantik sebagai seorang adjudikator di PusatTimbang Tara Antarabangsa Asia, Malaysia (AIAC) . Memulakan kerjayanya sebagaiPeguam Persekutuan di Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam NegaraMalaysia dan pernah bertugas sebagai Penasihat Undang-Undang Kanan di JX Nippon(Deepwater Sabah) Limited dan Pegawai Undang-Undang PETRONAS.

Beliaupernah menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) danmula menulis artikel-artikel di akhbar-akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia,Berita Harian dan media atas talian seperti Malaysiakini, Malaysian Insider danMalaysian Insight semenjak tahun 1998.

Padatahun 2019, beliau telah mengasaskan dan diamanahkan sebagai Pengerusi bagiYayasan Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (PEACE) yang berpusat diPutrajaya. PEACE adalah sebuah yayasan yang melakukan penyelidikan dalam halehwal polisi awam dan isu-isu ekonomi di Malaysia melalui gerak kerjaintelektual seperti penerbitan, seminar, persidangan, kertas penyelidikanselain kerja-kerja kebajikan di lapangan.