• WhatsApp_Image_2024-12-02_at_17.00.15.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-12-02_at_17.00.15
  • WhatsApp_Image_2024-12-02_at_17.00.15.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-12-02_at_17.00.15
1

Fenomena Belia Kembang Lewat di Malaysia

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Fenomena Belia Kembang Lewat di Malaysia

Authors: Nor Azrul Mohd Zin, Noordeyana Tambi dan Jamiah Manap
Publisher: UKM Press
ISBN:  9786294862739
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2024
Price: RM40

Fenomena kembang lewat dalam pendidikan bukan lagi asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Umumnya, setiap individu mengimpikan pendidikan yang sempurna bagi mencipta masa hadapan yang lebih baik. 

Namun begitu, tidak semua diantara kita berpeluang untuk mencipta kejayaan dalam pendidikan pada usia yang ideal seperti yang diimpikan. Bagi mereka yang menjalani fasa pendidikan pada lewat usia, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Seringkali tahap motivasi mereka diuji dengan pelbagai cabaran yang mendatang. 

Kualiti pendidikan yang terbaik dan daya tahan terhadap kelangsungan untuk terus berada dalam sistem pendidikan sehingga tamat pengajian bagaikan telur berada di hujung tanduk. Sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak memainkan peranan penting agar permata negara ini terus cekal menempuhi episod baharu setiap hari. 

Oleh yang demikian, penerokaan kisah golongan kembang lewat ini akan memberi inspirasi kepada setiap individu untuk bersama membangun dan melahirkan generasi muda yang terbilang buat Malaysia tercinta.