Gas Asli Sintetik Pembangunan Mangkin dan Pengayaan Karbon Dioksida
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Gas Asli Sintetik Pembangunan Mangkin dan Pengayaan Karbon Dioksida
Author: Khairul Naim Ahmad, Wan Nor Roslam Wan Isahak & Mohd Ambar Yarmo
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860186
Weight: 0.4
Pages: 158pp
Year: 2023
Price: RM30
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, kami diberikan kesempatan ini dan telah berjaya menyiapkan penulisan buku yang berbentuk ilmiah sains bertajuk "Gas Asli Sintetik: Pembangunan Mangkin dan Pengayaan Karbon Dioksida". Buku ini berjaya dihasilkan dengan tahap kualiti yang terbaik beserta fakta terkini hasil daripada dunia penyelidikan semasa. Insya-Allah melalui gaya penulisan yang matang dalam penghuraian fakta dan perbincangan yang baik berupaya menarik minat para pembaca dari semua golongan sama ada dikalangan pelajar. industri, ahli akademik, saintis, mahupun pihak kerajaan. Maklumat yang terkandung dalam buku ini sangat sesuai dan bermanfaat sebagai bahan rujukan dan panduan, terutamanya bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam industri tenaga, simen dan janakuasa di negara ini.
Semoga melalui pembacaan, penelitian, dan perasan ingin tahu terhadap keagungan ilmu sains adalah merupakan satu kunci kejayaan untuk teknologi yang baharu bertapak untuk masa hadapan. Dengan kesempatan ini juga pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga tercinta kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam menjayakan penulisan buku ini. Tidak dilupakan juga pihak Penerbit UKM, kerana telah berjaya menerbitkan buku ini sebagai sebahagian daripada aset ilmuan negara.