Hikayat Hang Tuha – Hard cover
- Regular price
- RM 130.00
- Sale price
- RM 130.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Hikayat Hang Tuha – Hard cover
Author: Ahmat Adam
Publisher: SIRD
ISBN: 9789672165071
Pages: 638pp
Price: RM130.00
Weight: 1.100kg
Karya ini sekali lagi mempamerkan keberanian pengarangnyadalam memberikan tafsiran baru terhadap satu lagi karya klasik agung orangMelayu. Kali ini dengan menggunakankaedah filologi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam secara kritis telahmembedah isi kandungan sebuah hikayat yang selama lebih daripada dua abadternyata salah dibaca dan silap ditransliterasikan ke huruf Rumi oleh parapengkaji Orientalis dan tempatan. Kesalahan zaman-berzaman ini jugalah yang menjadikanhikayat yang masyhur ini telah silap ditafsirkan bukan sahaja dari segipenyebutan nama gelaran Laksamana Melaka yang sebenar, tetapi juga dari segiisi kandungan yang menceritakan petualangan Laksamana yang masyhur itu. Yang menjadi lebih parah lagiialah selepas kisah legendaris Laksamana itu diceriterakan oleh pengarangSulalat u’s-Salatin, kisah pengembaraannya yang dilukiskan di dalam HikayatHang Tuha telah mempengaruhi pemikiran sebahagian anggota masyarakat dandipercayai oleh mereka itu sebagai kisah yang benar-benar terjadi dalam sejarahMelaka. Melalui kajian ini pengarang cuba mengajak pembaca agar menilai sendirikarya sastera yang berlatarkan sejarah ini, dan cuba berfikir secara kritisuntuk membezakannya dengan sebuah karya sejarah yang lebih tulen mengenaikesultanan Melaka dan Laksamana yang benar-benar wujud pada zaman abad ke-15dan ke-16.