• unnamed__47__tsou-80
  • unnamed__47__tsou-80
1

Hukuman Bunuh Pengedar Dadah Mengikut Siyasah Syariyyah

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Hukuman Bunuh Pengedar Dadah Mengikut Siyasah Syariyyah

Author/Editor: Wan Norhasniah Wan Husin & Shukeri Mohamad

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831005125

Weight: 200

Pages: 114

Year: 2011

Price: RM35


Buku ini bertujuan untuk menganalisis ketepatan hukuman bunuh ke atas pengedar dadah berasaskan kepada Siy?sah Syar‘iyyah. Pertama, tinjauan secara kritikal dilakukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Siy?sah Syar‘iyyah seperti definisi, matlamat dan kaedah Siy?sah Syar‘iyyah. Ini termasuk konsep hukuman bunuh dalam kesalahan takz?r. Untuk menilai kesan bahaya dadah serta aktiviti yang berkaitan dengannya, maklumat mengenai jenayah pengedaran dadah termasuk bilangan mereka yang dijatuhkan hukuman gantung serta data-data yang berkaitan dengan penagihan dadah dipaparkan. Berpandukan kajian ini didapati hukuman bunuh ataupun gantung sampai mati terhadap pengedar dadah adalah bertepatan dengan Siy?sah Syar‘iyyah. Ini berdasarkan kesan jenayah pengedaran dadah terhadap orang ramai. Analisis menunjukkan bahawa jenayah berkenaan adalah terlalu merbahaya, bukan sahaja boleh membunuh penagih tetapi turut menggugat ketenteraman dan keselamatan masyarakat. Akibat daripada jenayah pengedaran dadah, orang ramai berada dalam ketakutan dan tidak tenteram berikutan daripada timbulnya kes pembunuhan, rompakan, pelacuran, pecah rumah dan sebagainya. Memandangkan tujuan pelaksanaan Siy?sah Syar‘iyyah itu adalah untuk mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan mencegah segala bentuk kerosakan, maka didapati hukuman berkenaan memenuhi konsep, matlamat dan kaedah Siy?sah Syar‘iyyah.