Identiti Diri Generasi Y: Profil Dan Model
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Identiti Diri Generasi Y: Profil Dan Model
Author: Ahmad Fuad Mohamad Amin, Ruslin Amir & Saemah Rahman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674129699
Weight: 0.306kg
Year: 2020
Page: 205
Price: RM35
Remaja Gen Y dan Z (milenium) sangat rapat dengan arus kemajuan teknologi dan internet. Hal ini menjadi satu cabaran kepada negara dalam membantu perkembangan generasi milenium khususnya dalam membentuk identiti diri yang positif. Kajian profil mendapati identiti penyerakan mencatat rekod jumlah yang paling ramai, diikuti identiti difusi, identiti pencapaian dan identiti moratorium. Meskipun begitu, remaja memberi persepsi yang sederhana kepada identiti penyerakan yang menunjukkan remaja tidak mahu dikongkong terutamanya oleh ibu bapa dalam proses meneroka siapa diri mereka. Model sumbangan yang dibentuk menegaskan lagi sumber literatur terdahulu, bahawa ibu bapa berperanan sebagai peramal terpenting dalam pembentukan identiti diri remaja. Ini memberi impak kepada golongan ibu bapa dalam mengenal pasti kaedah mendidik anak remaja dengan lebih berkesan sejajar dengan zaman teknologi ini. Aspek kawalan diri, hubungan, spiritual dan persekolahan juga antara aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam membentuk remaja yang bertanggungjawab sekali gus dapat meningkatkan identiti diri remaja yang lebih positif. Kesimpulannya, kesedaran untuk membentuk identiti diri merupakan satu langkah awal bagi meningkatkan jati diri remaja sebagai modal insan yang berkualiti.