Ilmu Takbir Mimpi: Kajian Berteraskan Manuskrip Melayu
- Regular price
- RM 75.00
- Sale price
- RM 75.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Ilmu Takbir Mimpi: Kajian Berteraskan Manuskrip Melayu
Author: Muhammad Mustaqim Mohd Zarif
Publisher: PNM
ISBN: 9839679313895
Weight: 650gsm
Pages: 340pp
Year: 2024
Price: RM75
Buku Umu Takbir Mimpi ini membincangkan mengenai ilmu takbir mimpi yang pernah dirakamkan, dikembangkan dan diamalkan oleh masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Kajian yang berlandaskan lebih daripada 60 buah manuskrip Melayu daripada koleksi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan koleksi lainnya di luar negara ini bertujuan bukan sahaja merekonstruksi beberapa aspek penting yang mendasari konsepsi, tatacara dan kaedah ilmu takbir mimpi, bahkan buat julung kalinya mengenal pasti dan mempersembahkan lima versi teks ilmu takbir mimpi yang bersumberkan pelbagai catatan dalam manuskrip Melayu.
Ilmu yang hampir hilang di sebalik lembaran kertas-kertas yang usang dan lapuk ini sebenarnya masih lagi relevan bagi dimanfaatkan oleh masyarakat pada hari ini. Sudah tentulah ilmu takbir mimpi yang dibicarakan di sini berpaksikan kepada Islam sebagai asasnya yang turut mengiktiraf peranan mimpi dalam skopnya yang bersesuaian.
Justeru, buku ini ditujukan kepada khalayak pembaca yang berminat untuk mengetahui, meneroka dan mendalami ilmu takbir mimpi Melayu daripada sumber primernya. Ia juga sesuai dirujuk oleh para pengkaji, pensyarah, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat sebagai suatu bentuk sumber ilmu warisan tempatan yang perlu dipelihara, dibudayakan dan dilestarikan.