Islam Agama Rahmah: Menanggapi Toleransi
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Islam AgamaRahmah: Menanggapi Toleransi, Terorisme dan Demontrasi
Author: Sheikh Ali MuhyiddinAl-Qarahdaghi
Translator: Furqan Abdullah
ISBN: 9789672007081
Pages: 193 pp
Publisher: ILHAM Books
Year: 2017
Dewasa ini, Islam sering ditohmah dengan tohmahan yangnegatif, seringkali dikaitkan dengan keganasan, pertelingkahan dan sebagainya.Perkara ini adalah disebabkan kegagalan sebahagian muslim sendiri dalammempamerkan dan mempromosikan ajaran Islam yang rahmah. Sheikh Ali merupakanantara tokoh yang seringkali membawa mesej dan nilai rahmah dalam ajaran Islammerentasi ideologi, benua dan agama. Beliau juga telah dipertanggungjawabkanoleh Sheikh Yusuf al-Qaradhawi untuk mengetuai unit dialog keharmonian antaraagama dan kebajikan minoriti.
Kepakaran beliau dalam fiqh perbandingan serta kebolehandalam menggabung jalin antara teks-teks klasik dan pemahaman terhadap realitiserta permasalahan semasa memberi kesan kepada ijtihad dan pandangan-pandanganbeliau yang kelihatan sangat segar dan relevan dalam konteks semasa.
Buku ini merupakan himpunan artikel-artikel tulisan dan pandanganbeliau mengenai permasalahan yang berkisar tentang toleransi, terorisme dandemonstrasi dari perspektif manhaj wasatiyyah atau manhaj yang beliau sendirisedang bangunkan iaitu manhaj Fiqh al-Mizan.
Untuk baca kata pengantar oleh Dr Maszlee Malik, boleh klik di sini.