• v2_with_Blurb-04.png
  • v2_with_Blurb-04
  • v2_with_Blurb-04.png
  • v2_with_Blurb-04
1

Islam dan Cabaran Masa Kini

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Islam dan Cabaran Masa Kini

Origin: Islam And Its Relevance To Our Age
Author: Asghar Ali Engineer
Publisher: Lestari Hikmah
ISBN: 9789672672067
Weight: 
Pages: 120pp
Year: 2024
Price: RM20

Islam dan Cabaran Masa Kini meninggalkan kita dengan kesedaran berikut: Jika pembinaan Masyarakat Tauhid memerlukan penghayatan bahawa semua ciptaan adalah sama rendah di hadapan Ilahi, maka pembinaan Masyarakat Tauhid memerlukan penyingkiran segelintir ciptaan yang terangkat megah atas ciptaan lain melalui penindasan. Islam memberi garis panduan dalam mengangkat keadilan dan iktibar dalam mencantas istikbar. Asghar mengajak pembaca melihat Islam (dari segi sejarah) sebagai senjata melawan Musyrikin Mekah dan sistem masyarakat jahiliah; serta (dari segi teologi) sebagai perkakas pembebasan daripada penindasan. Dulu, kini dan selamanya, revolusi Islam memerlukan pembubaran kabilah berkuasa yang menindas dan menyeksa; pembasmian saudagar kaya yang menipu dan memperkuda; penumpasan hartawan yang menimbun harta hasil riba; serta yang paling penting, penjernihan sistem masyarakat yang membenarkan kezaliman atas orang yang lemah.

Asghar Ali Engineer menjelaskan bahawa risalah Tauhid ditentang hebat bukan setakat kerana ia menafikan agama karut Musyrikin Mekah, tetapi lebih kerana ia menyoal penguasaan mereka. Ianya jelas kepada pengikut dan penentang: panji Islam adalah panji revolusi. Islam melantarkan tatanan masyarakat yang baharu melalui aturan sosial yang adil dan pengurusan ekonomi yang radikal. Menerusi buku ini, Asghar menelusuri bagaimana Islam menggantikan amalan jahiliah seperti riba dengan membina institusi yang adil seperti zakat. Beliau mengusulkan bahawa jika difahami dengan sosiologi moden, institusi zakat wajar ditemani institusi pelengkapnya agar sistem ekonomi yang adil dapat dibina. Pelengkap ini termasuklah pemilikan awam ke atas punca pengeluaran, kiblat sosial dalam cukai ke atas kapital dan golongan maha kaya, serta dasar-dasar kebajikan sosial yang menyelamatkan orang miskin dari riba.