• front_front_cover
  • front_front_cover
1

Islam Di Nusantara: Kitab Kuning

Regular price
RM 0.00
Sale price
RM 0.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Islam DiNusantara: Kitab Kuning, Pesantren dan Tarekat

Author: MartinVan Bruinessen

Publisher: InisiatifBuku Darul Ehsan

ISBN: 9789671549728

Year: 2025

Weight: 0.450kg

Pages: 436pp

Price: RM50

Buku ini terhasil daripada kajian yang dilakukan secaramendalam dan dalam tempoh yang panjang, berdasarkan penyelidikan di lapangandan melibatkan ratusan sumber rujukan dari abad ke-16 hingga yang terkini.Menerusi buku ini, pengarang menjejaki antara lain pengaruh para ulama Kurditerhadap perkembangan Islam di Nusantara, kitab kuning, tarekat dan ilmutasawuf.

Buku ini turut membentangkan analisis terhadap pelbagaijenis kitab kuning yang digunakan di Nusantara, selain memberikan gambaranmenyeluruh tentang peranan pesantren (atau pondok), tarekat dan guru-gurutarekat dalam masyarakat dan politik, khususnya di Indonesia. Menerusinyapembaca dapat memahami dinamika dan sebahagian penting sejarah Islamtradisional sebagai aliran tertua dan paling berpengaruh di Nusantara.

Biodata Pengarang

Martin van Bruinessen adalah profesor kajian perbandingantentang masyarakat Muslim kontemporari di Universitas Utrecth dan juga diInternational Institute for the Study of Islam in the Modern World (ISIM).Beliau telah menjalankan banyak penyelidikan di Kurdistan, Afghanistan danIndonesia, dengan penyelidikan lapangan yang pertama terhadap masyarakat Kurdidi Iran, Iraq, Turki, dan Syria (1974-76) berkenaan peranan tarekat dalamgerakan nasionalisme Kurdi.

Antara tahun 1982-1994, Martin meluangkan masa melakukanpenyelidikan di Indonesia dan telah menerbitkan pelbagai tulisan ilmiah tentangIslam, lembaga pendidikan, tarekat dan politik di negara itu. Sebahagian hasilkajiannya di Indonesia dikumpulkan dalam buku ini.

Antara buku lain yang pernah dihasilkannya ialah Sufism andthe ‘Modern’ (disusun bersama Julia Howell), The Madrasa in Asia (dengan FarishA. Noor dan Yoginder Sikand), Islam and Modernity (dengan M. Khalid Masud danArmando Salvatore), dan Producing Islamic Knowledge in Western Europe (denganStefano Allievi).