• e6793bf7d0e6bafe291b282a68496060_tn.jpeg
  • e6793bf7d0e6bafe291b282a68496060_tn
1

Islam Liberal: Kajian Terhadap Sumber Epistemologi

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Islam Liberal: Kajian Terhadap Sumber Epistemologi

Author: Ahmad Yumni Abu Bakar, Che Zarrina Sa'ari

Publisher: Dewan Bahasa Pustaka

ISBN : 9789834915681

Pages: 156pp

Year:

Weight: 0.200kg

Price: RM18

Buku ini merupakan karya yang membahaskan sumber epistemologi yang didukung oleh golongan Islam liberal secara terperinci. Selain itu, buku ini mengupas isu perkembangan fahaman liberal di dunia Eropah yang mempengaruhi pemikiran golongan muda intelektual Islam di Malaysia, Indonesia, Timur Tengah, Eropah dan sebagainya. Selanjutnya buku ini memperlihatkan golongan Islam liberal yang memperjuangkan empat agenda utama, iaitu sistem politik sekular, toleransi (pluralisme) beragama, emansipasi wanita dan kebebasan mengeluarkan pendapat.

Buku ini juga menghuraikan fahaman golongan ini terhadap sumber utama Islam, iaitu al-Quran, hadith, ijmak, qiyas dan pelaksanaan hukum Islam. Fahaman ini didapati menggunakan akal secara maksimum dalam penghujahan mereka. Didapati bahawa empat agenda utama golongan ini terpengaruh dengan unsur fahaman liberal. Golongan ini juga menggunakan metode hermuneutik dalam pentafsiran al-Quran. Selain itu, mereka juga menolak hadith sahih yang bertentangan dengan rasional akal dan berpendapat bahawa ijmak tidak hanya dikhususkan kepada para ulama malah sesiapa sahaja bebas mengeluarkan pendapat. Golongan ini mengecam pelaksanaan hukum Islam kerana mereka berpendapat pelaksanaan hukum Islam akan mendatangkan pelbagai masalah seperti kecacatan dan huru-hara. Golongan ini juga lebih mengagungkan penggunaan akal dan bagi mereka akal ialah sumber kebenaran.

Buku ini turut memuatkan hasil kajian secara temu bual dengan empat orang aktivis Jaringan Islam Liberal. Diharapkan akan menjadi rujukan kepada setiap lapisan masyarakat Islam di Malaysia bagi mengenali dan mengetahui golongan Islam liberal ini kerana ledakan pengaruhnya sudah sampai ke negara ini. Hali ini penting untuk mencari strategi yang berkesan bagi menangani fahaman tersebut.