• IMG-20180201-WA0007
  • IMG-20180201-WA0007
1

Istiqamah: Jalan Ke Arah-Nya

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Istiqamah: Jalan Ke Arah-Nya

Penulis: Mohamed Hatta Shaharom

ISBN: 9789670965215

Penerbit: Risalah Harmoni Sdn Bhd

Muka Surat: 328 pp

Harga: RM30.00

Buku setebal 328 halaman ini yang berjudul “Istiq?mah: Jalan Ke Arah-Nya” ini mengandungi 11 bab. Setiap bab membincangkan satu sifat (berjumlah 11 sifat kesemuanya) yang boleh menatijahkan Istiq?mah dalam hayat kita sebagai hamba Allah SWT yang mendambakan cinta dan reda-Nya, dengan izin Allah Maha Pembimbing. Setiap bab mempunyai anekdot “Sekelumit Kisah” (SK), iaitu pengalaman penulis serta para pejuang yang dikenalinya yang berkaitan dengan sifat-sifat ini.

Sebagai misalan, SK Bab 3 Sabar mengandungi latar belakang keluarga penulis. SK Bab 5 Ukhuwah menceritakan interaksi kami ahli-ahli Jamaah Misri (JM) (atau para pengasas Jamaah dalam kalangan pelajar Malaysia) dengan Ikhwan Muslimin Mesir. SK Bab 6 Pengorbanan menceritakan pengasasan JM oleh Lapan Rij?l pada tahun 1975 hinggalah pergabungan dengan IRC, pembinaan jamaah bersama, penubuhan Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) pada tahun 1990 dan akhir sekali penubuhan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pada tahun 2009.

Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad (seorang daripada lapan orang pengasas JM), telah sudi menulis Kata Pengantar buku ini..

MOHAMED HATTA SHAHAROM