Isu Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah Di Malaysia
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
IsuPenguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah Di Malaysia
Author: ShamrahayuA. Aziz
Publisher: DewanBahasa Pustaka
ISBN: 9789834615543
Year: 2016
Weight: 0.160kg
Pages: 88pp
Price: RM20
Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Syariah sentiasa menjadi perbincangan bahkan perbahasan. Pada kebanyakan masa penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Syariah menarik publisiti media, malah adakalanya ia menjadi kontroversi. Oleh itu, banyak kenyataan yang menyedihkan telah dilemparkan kepada Undang-undang Jenayah Syariah dan penguatkuasaannya. Ada juga kelompok yang mempersoalkan status Undang-undang Jenayah Syariah dalam rangka sistem dan perundangan negara. Antara hujahnya termasuklah penguatkuasaan itu melanggar privasi individu. Sesetengahnya pula mempertikaikan kuasa undang-undang Pegawai Penguat kuasa Agama dalam menjalankan kuasa yang menyiasat mereka.
Buku ini cuba untuk membincangkan isu-isu secara objektif dengan melihat peruntukan undang-undang yang berkaitan, termasuk Perlembagaan Persekutuan. Ia menghidangkan kerangka dan sistem perundangan negara yang memberikan kedudukan yang jelas dan kukuh kepada Undang-undang Jenayah Syariah dan perlaksanaannya. Ini termasuklah kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang semasa. Penulis buku ini, Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz merupakan pensyarah dalam bidang Undang-undang Perlembagaan dan Undang-undang Prosedur Jenayah Syariah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini, beliau berkhidmat sebagai Felo Utama di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).