• WhatsApp_Image_2024-03-29_at_10.35.17.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-03-29_at_10.35.17
  • WhatsApp_Image_2024-03-29_at_10.35.17.jpeg
  • WhatsApp_Image_2024-03-29_at_10.35.17
1

Isu Usuluddin dan Falsafah

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Isu Usuluddin dan Falsafah

Editor: Ahmad Yunus Mohd Noor et.al
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860384
Weight: 0.37 kg
Pages: 254 pp
Year: 2024
Price: RM30

Buku ini mengupas isu dalam pengajian Usuluddin dan Falsafah yang berlegar khususnya di Malaysia. Sebahagian daripada penulisan dalam buku ini telah dibentangkan dalam Program Kolokium Antarabangsa Siswazah Usuluddin & Falsafah 2022 (KASUF) yang dianjurkan oleh Pusat Siswazah Fakulti Pengajian Islam dengan kerjasama Pusat Kajian Usuluddin & Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kolokium yang bertemakan 'Kelestarian Akidah dan Falsafah Dalam Mendepani Isu Kontemporari ini telah disertai oleh golongan mahasiswa di peringkat sarjana dan Doktor Falsafah yang membahaskan tentang teori dan amalan, dalam Usuluddin dan Falsafah. 

Buku ini mengandungi lima tema utama iaitu tema akidah dan pemikiran; tema tafsir dan hadis, tema akhlak dan tasawuf, tema perbandingan dan tema falsafah dan politik. Buku ini menjadi keperluan bagi penuntut ilmu khususnya dalam kalangan pelajar daripada institusi pengajian tinggi awam, lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar pengajian Islam. Buku ini bertujuan memberi pencerahan dan penjelasan berkaitan dengan isu yang berbangkit dalam bidang kajian Usuluddin dan Falsafah di samping dapat menjana idea baharu khususnya bagi penuntut ilmu yang berkecimpung dalam bidang ini. Hakikatnya, pengajian Usuluddin dan Falsafah ini perlu dipelajari oleh setiap umat Islam sama ada secara terperinci ataupun secara umum.