Jatuhan Batuan: Muka Bumi
- Regular price
- RM 0.00
- Sale price
- RM 0.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Jatuhan Batuan: Muka Bumi, Geologi Dan Pemetaan
Editor: Syazreen Syafiqa Azmi, Norbert Simon, Muhammad Fahmi Abdul Ghani
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672388227
Weight: 0.241kg
Pages: 152
Year: 2020
Price: RM35
Apakah Tanah runtuh? Tahukah anda bahawa tanah runtuh tidak hanya diasosiasi dengan pergerakan tanah, malah ia juga melibatkan jatuhan batuan. Justeru, isu jatuhan batuan sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia terutamanya bagi kawasan yang diasosiasikan dengan perbukitan batu kapur. Jatuhan batuan adalah fenomena yang berlaku disebabkan fitur ketidakselanjaran pada perbukitan batu kapur yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda. Oleh itu, buku ini merungkai faktor pengaruh serta impak sebaran penjalaran jatuhan batuan terhadap kawasan sekitarnya. Tidak ramai saintis yang mengetengahkan isu penjalaran jatuhan batuan di kawasan batu kapur yang sering dilawati masyarakat bagi tujuan rekreasi, dan bahan ilmiah mengenainya amatlah kurang di Malaysia. Bagi memastikan isu ini berjaya dirungkai, tiga inisiatif telah diketengahkan, iaitu penghasilan inventori jatuhan batuan bagi kawasan tersebut, penentukan parameter yang berkaitan dengan jarak penjalaran jatuhan batuan, dan penghasilan peta jarak penjalaran jatuhan batuan. Perbincangan dalam buku ini tertumpu kepada pengaplikasian teknik Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam penentuan penjalaran jatuhan batuan.