• kedaulatan-negara-harga-mati-pencerobohan-sulu-dan-dampaknya-kepada-keselamatan-pantai-timur.jpg
  • kedaulatan-negara-harga-mati-pencerobohan-sulu-dan-dampaknya-kepada-keselamatan-pantai-timur
  • kedaulatan-negara-harga-mati-pencerobohan-sulu-dan-dampaknya-kepada-keselamatan-pantai-timur.jpg
  • kedaulatan-negara-harga-mati-pencerobohan-sulu-dan-dampaknya-kepada-keselamatan-pantai-timur
1

Kedaulatan Negara Harga Mati: Pencerobohan Sulu dan Dampaknya Kepada Keselamatan Pantai Timur Sabah

Regular price
RM 55.00
Sale price
RM 55.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kedaulatan Negara Harga Mati: Pencerobohan Sulu dan Dampaknya Kepada Keselamatan Pantai Timur Sabah

Editor: Ismail Ali, Lai Yew Meng & Asmiaty Amat
Publisher: UMS Press
ISBN: 9789672166412
Weight: 0.434 kg
Pages: 269
Year: 2020
Price: RM55

Insiden pencerobohan kumpulan militan Sulu di Lahad Datu yang tercetus pada awal tahun 2013 ternyata merupakan suatu titik hitam dalam sejarah keselamatan nasional Malaysia. Dampaknya tidak kurang sama serius dengan episod-episod ancaman keselamatan yang pernah menyelubungi negara. Peristiwa yang telah mengorbankan sejumlah anggota keselamatan negara tersebut bukan sahaja membawa kesan mendalam terhadap psikologi dan national psyche tetapi turut membangkitkan semula kesedaran pelbagai pihak berkepentingan dalam negara tentang kepentingan keselamatan sempadan dan keperluan tahap kesiagaan yang tinggi demi mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayah daripada ancaman anasir luar.

Inti pati buku suntingan ini bertujuan meneliti secara ilmiah insiden pencerobohan tersebut dengan menggunakan kaedah kajian rentas-disiplin bagi memberikan suatu pentafsiran yang lebih terperinci dan holistik kepada beberapa persoalan yang masih menjadi topik perbualan masyarakat umum yang kurang memahami asal usul mahupun naratif di sebalik peristiwa tersebut. Dalam merealisasikan objektif yang telah digariskan, kandungan buku ini telah disusun secara sistematik dalam mana bab-bab yang disaji menjurus kepada penelitian isu dan persoalan penting yang berkaitan dengan fenomena keselamatan di negeri Sabah ini.