Kejuruteraan Genetik Dalam Pembangunan Varieti Padi Rintang
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kejuruteraan Genetik Dalam Pembangunan Varieti Padi Rintang
Author: Chee Kin Yip & Kalaivani Nadarajah
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672429814
Weight:
Pages: 124
Year: 2020
Price: RM35
Pembiakbakaan dalam pembangunan varieti yang rintang merupakan agenda berterusan dalam pertanian padi. Ahli genetik dan pembiakbaka bekerjasama untuk menjana varieti padi yang tahan terhadap tekanan biotik dan abiotik. Varieti ini boleh dihasilkan menerusi teknik pembiakbakaan konvensional dan moden, atau menggunakan pendekatan bioteknologi di mana varieti baru boleh dihasilkan melalui kaedah kejuruteraan genetik. Kejuruteraan genetik adalah kaedah yang digunakan dalam penghasilan tumbuhan transgenik. Teknologi ini berkeupaya untuk menjana varieti yang rintang tanpa batasan spesies dan organisma. Di samping itu, teknologi ini berguna dalam kajian kefungsian berkaitan gen, tapak jalan biologi dan pelbagai proses biologi di dalam sistem tumbuhan. Buku ini menyenaraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penjanaan varieti padi indica baru dengan menggunakan kaedah kejuruteraan genetik. Pada masa yang sama teknologi ini juga digunakan dalam kajian kefungsian dan keberkesanan gen oksalat oksidase dalam pembangunan varieti yang rintang dalam padi indica.