Kemungkiran Sukuk dan Mekanisme Perlindungan Pelabur di Malaysia
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kemungkiran Sukuk dan Mekanisme Perlindungan Pelabur di Malaysia
Author: Mohd Badrul Hakim Daud, Shahida Shahimi, Salmy Edawati Yaacob & Asma Hakimah Ab. Hakim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672518679
Weight: 0.182
Pages: 112pp
Year: 2022
Price: RM30.00
Kemungkiran sukuk berlaku akibat kegagalan atau penangguhan komitmen pembayaran keuntungan oleh penerbit sukuk kepada pelabur sukuk mengikut tempoh yang ditetapkan sehingga diisytiharkan mungkir oleh pemegang amanah. Kemungkiran sukuk boleh mendedahkan risiko kredit kepada pelabur sukuk terutama pelaburan yang dibuat oleh institusi kewangan dan menjejaskan kecairan yang merupakan sumber dana pembiayaan penting dalam pasaran kewangan negara. Buku ini dihasilkan bagi membincangkan isu perlindungan pelabur bagi kes kemungkiran sukuk yang telah berlaku dalam pasaran sukuk Malaysia bagi tempoh 2002 hingga 2017 dari sudut kewangan, perundangan dan syariah. Perbincangan turut meliputi akta, garis panduan dan juga nota praktis bagi memberi gambaran umum tentang rangka perundangan dan pengawal seliaan pasaran sukuk di Malaysia. Turut dimuatkan perbincangan komprehensif mengenai risiko kemungkiran sukuk, masalah kos agensi dan juga mekanisme ibra' untuk perlindungan pelabur bagi kes kemungkiran sukuk. Kesemua maklumat yang terkandung dalam buku ini amat bermanfaat dan sesuai dijadikan rujukan ilmiah bagi bidang syariah dan muamalat, perundangan, kewangan korporat dan kewangan Islam serta pengurusan risiko.