• vsAgWRxl663f2e8bf04ea_1715416716.jpg
  • vsAgWRxl663f2e8bf04ea_1715416716
  • vsAgWRxl663f2e8bf04ea_1715416716.jpg
  • vsAgWRxl663f2e8bf04ea_1715416716
1

Kepada Rumah Api

Regular price
RM 60.00
Sale price
RM 60.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kepada Rumah Api

Origin: To The Lighthouse
Author: Virgina Woolf
Translator: Wan Nor Azriq
Publisher: Inisiatif Buku Darul Ehsan
ISBN: 9789670037332

Weight: 
Pages: 303
Year: 2024
Price: RM60

Catatan Penterjemah

Virginia mendapat idea Kepada Rumah Api pada bulan Oktober 1924 ketika beliau sudah sampai ke penghujung manuskrip Mrs. Dalloway. “Saya dapat melihat sosok Bapa,” Woolf menulis dalam jurnalnya. Enam bulan kemudian, beliau mula membayangkan cerpen-cerpen yang ditulis sebelum Mrs. Dalloway serta parti yang diadakan oleh Clarissa, adalah “lorong dari Mrs. Dalloway ke sebuah buku baru.” Ternyata memang itu yang berlaku. Dari awal lagi, Woolf membayangkan Kepada Rumah Api sebagai struktur “H,” iaitu koridor yang dihubungkan oleh dua batang tiang.

Bahagian pertama novel ini, “Jendela,” membuka kita bukan sahaja kepada memori silam keluarga Ramsay, tapi ia turut melukis puncak sebuah kebahagiaan. Sumber kepada cinta dan kebahagiaan ini adalah watak Puan Ramsay. Justeru “jendela” di sini boleh dilihat dari pelbagai peringkat dan sudut. Paling atas dan terpisah ialah sudut pandang Woolf sendiri yang melihat kembali sosok ibunya melalui Puan Ramsay. Kakak beliau, Vanessa, ketika membaca Kepada Rumah Api pada 1927, menjelaskan membaca Puan Ramsay adalah seperti melihat ibu mereka “bangkit kembali dari kubur.” Kemudian kita ada sudut pandang Puan Ramsay yang di permulaan novel ini, sedang duduk berhampiran jendela bersama anaknya James. Apabila beliau melihat keluar, beliau melihat melalui jendela rumah tersebut, beliau melihat melalui jendela seorang emak, seorang isteri, beliau melihat melalui jendela seorang wanita Inggeris yang diasuh dengan nilai-nilai moral masyarakat era Victoria, England. Dan bayang wajah Puan Ramsay menjadi imej kekaguman, kemarahan, kepatuhan, cinta, dan kasih sayang, daripada orang di sekeliling beliau.

Tentang Pengarang

Virginia Woolf (1882–1941) ialah novelis, cerpenis dan eseis yang merintis perkembangan prosa moden di England. Lahir sebagai Adeline Virginia Stephen, dia merupakan anak ketiga kepada Leslie Stephen, seorang cendekiawan dan pengkritik terhormat. Membesar dalam sebuah keluarga berpendidikan tinggi dan berfikiran bebas, Virginia tidak menghadiri sekolah, tapi sebaliknya menerima pendidikan di rumah dan melalui pembacaan koleksi perpustakaan bapanya. Di sebalik keterbatasan latar belakang pendidikannya, Virginia ialah antara sosok penting dalam Kumpulan Bloomsbury, sebuah gerakan seni yang aktif di London pada awal abad kedua puluh, dan terdiri daripada E. M. Forster, Roger Fry, Vanessa Bell (kakak Virginia) dan Leonard Woolf (yang kemudian berkahwin dengan Virginia).

Nama Virginia Woolf hari ini dikenali novelis yang mengembangkan teknik aliran kesedaran dalam novel- novel terpentingnya iaitu Mrs. Dalloway, Kepada Rumah Api (To the Lighthouse) dan The Waves. Beliau juga merupakan antara tokoh feminis terawal, dan telah mengarang teks rujukan penting kepada pejuang dan sarjana feminis akan datang iaitu buku berjudul A Room of One’s Own (1929).