• faraid__small_-500x600
  • faraid__small_-500x600
1

Kes-Kes Faraid Khas - Huraian Dan Penyelesaian

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kes-Kes Faraid Khas - Huraian Dan Penyelesaian

Author: Zahari Mahad Musa, Jasni Sulong

Publisher: USIM Press

ISBN : 9789674400088

Year: 2013

Weight:

Pages: 208

Price : RM 28

Sepanjang sejarah awal perundangan Islam, terdapat pelbagai kes faraid yang terkenal dengan nama atau gelaran yang tersendiri. Realitinya, kepelbagaian kes dalam faraid menunjukkan kepentingan pemahaman nas dan maslahah situasi semasa dalam proses berijtihad. Hal ini kerana, hampir sebahagian hukum faraid dijelaskan melalui nas primer iaitu al-Quran dan sunnah terutama menerusi ayat-ayat pusaka (ayat al-mawarith). Buku ini bertujuan mengumpulkan setiap kes faraid khas yang pernah diselesaikan dalam sejarah awal perundangan Islam. Fokus huraian dan penyelesaian setiap kes faraid khas adalah dokumentasi dalam bentuk direktori istilah yang mengikut susunan abjad rumi. Setiap kes-kes faraid khas yang direkodkan akan disertakan dengan penjelasan situasi kes, penyelesaian dan jadualnya. Dengan penulisan ini, diharapkan dapat memudahkan capaian dan pencarian kepada penyelesaian kes-kes faraid khas secara khusus dan memahami ilmu faraid secara amnya.

Zahari Mahad Musa

[B.Syariah [Fiqh wa Usul] (Al al-Bayt, Jordan), Sarjana Pengajian Islam [Syariah] (Universiti Kebangsaan Malaysia)], berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Jasni Sulong

[Sarjana Muda Syariah, Sarjana Syariah dan Doktor Falsafah Syariah (Universiti Malaya)], berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.