Kesederhanaan Berpolitik dalam Kalangan Mahasiswa
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kesederhanaan Berpolitik dalam Kalangan Mahasiswa
Author: Anwar Muttaqin, Wan Kamal Mujani, Kartini Aboo Talib @ Khalid
Publisher: Penerbit UKM
ISBN: 9786294865396
Year: 2025
Pages: 136
Weight: 216g
Price: RM30
Buku ini menjelaskan berkaitan tahap kecenderungan politik dan tahap perilaku ekstremisme politik dalam kalangan mahasiswa Islam di universiti penyelidikan. Penglibatan mahasiswa dalam kegiatan bercorak politik sering menjadi perhatian dan kritikan pelbagai pihak. Walau bagaimanapun, penyertaan mereka secara aktif dalam aktiviti politik bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ini kerana institusi pengajian tinggi itu sendiri adalah alam politik yang terdiri daripada para pentadbir, pensyarah dan mahasiswa. Dua modus operandi diketengahkan dalam buku ini iaitu mengenal pasti tahap kecenderungan politik dalam kalangan mahasiswa Islam di kampus dan mengenal pasti tahap perilaku ekstremisme politik dalam kalangan mahasiswa Islam. Buku ini turut membincangkan dan mengenalpasti sumber maklumat mengenai politik yang diperoleh oleh mereka. Selain itu, ia turut mengkaji fenomena ekstremisme politik kalangan mahasiswa Islam dalam institusi pengajian tinggi awam. Adakah tahap kecenderungan mahasiswa dalam politik di tahap ekstrem? Atau kaku? Atau sederhana? Pembaca perlu mendapatkan buku ini bagi mendapatkan jawapannya.
ANWAR MUTTAQIN, PhD., merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang Sejarah Tadbir Urus Islam dan Sejarah Filantropi Islam. WAN KAMAL MUJANI, PhD., merupakan Profesor di Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang Sejarah dan Tamadun Islam Mamluk, Pensejarahan Islam dan Sumber Teks Arab dalam Sejarah Islam. KARTINI ABOO TALIB @ KHALID, PhD., merupakan Profesor di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang Analisis Dasar, Parti Politik, Kajian Perbandingan, Jantina dan Masyarakat Sivil.