Kesejahteraan Keluarga Menurut Islam
- Regular price
- RM 42.00
- Sale price
- RM 42.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kesejahteraan Keluarga Menurut Islam
Author: Wan Mohd. Yusof Wan Chik, Zulkifli Mohd, Abdul Wahab Md. Ali
Publisher: UnisZA Press
ISBN: 9789672231127
Weight: 0.5kg
Pages: 186pp
Year: 2023
Price: RM42
Kesejahteraan keluarga merupakan elemen yang penting dalam usaha pembinaan masyarakat dan negara. Islam sebagai sebuah agama yang mementingkan kesejahteraan mempunyai konsep dan indikator tersendiri dalam agenda pembentukan keluarga sejahtera. Kegagalan memahami aspek-aspek ini akan melahirkan individu-individu Muslim yang memudaratkan keluarga dan komunitinya. Situasi ini bertambah kritikal apabila falsafah Yunani dan Barat menyerap masuk ke dalam pemahaman konsep kesejahteraan keluarga Muslim kontemporari. Justeru, buku ini mengupas secara terperinci berhubung konsep kesejahteraan keluarga Muslim serta perbezaannya dengan konsep kesejahteraan keluarga Barat. Ini turut melibatkan perbincangan tentang konsep kesejahteraan keluarga menurut al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. secara umum. Kemudian, beberapa ayat al-Quran dan hadis berhubung kesejahteraan keluarga dibahaskan secara khusus iaitu menerusi kefahaman surah al-Rum ayat 21, surah al-Tahrim ayat enam dan hadis al-sa'adah. Kesemua konsep ini jika berjaya difahami dengan tepat serta dapat direalisasikan dalam kehidupan berkeluarga mampu menjadikan sesebuah institusi keluarga mencapai status al-sak?nah, al-mawaddah dan al-rahmah sekali gus meningkatkan kualiti kesejahteraan dalam hidup berkeluarga menurut Islam.