• Petuturan-Melayu_COVER-700x700
  • Petuturan-Melayu_COVER-700x700
1

Kitab Nahu Jawi: Petuturan Melayu

Regular price
RM 55.00
Sale price
RM 55.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kitab Nahu Jawi: Petuturan Melayu

Author: ‘ABDU’LL?H ‘ABDU’R-RA?M?N

Publisher: Klasika Media

ISBN: 9789671474839

Weight: 400g

Pages: 330 pp

Price: RM55


Bahasa Melayu yang diketahui sekarang bersusur-galur dari daya usaha pensisteman dan perekodan yang gigih oleh bahasawan bijaksana – yang kebanyakannya datang dari negeri Johor Darul Ta‘zim dan jajahan ta‘luqnya sejak akhir abad ke-19.

Ia bermula dari generasi ‘ulama Melayu, Raja ‘Ali Haji (m. 1873M) yang merintis penubuhan Rushdiah Club, sebuah perkumpulan pemikir Melayu yang menghasilkan begitu banyak karya Melayu-Jawi melalui penerbitan Ma?ba‘ah Riayawiyyah dan A?madiyyah Press di Pulau Penyengat dan Singapura.

Kemudian ia berkesinambungan dengan kumpulan bahasawan yang bernaung di bawah pertubuhan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (P.BM.P.B) di Johor Bahru.

Seterusnya, Duli Yang Maha Mulia Sul??n Ibr?h?m memperkenan pengi‘tirafan pertubuhan ini berada di bawah naungan baginda – menjadi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P. BM. P. B. Diraja). Di peringkat ini, P. BM. P. B. Diraja di‘ibaratkan seperti Perkumpulan ‘Ilmuwan Diraja (Royal Scientifc Community) yang menyelidik bahasa Melayu-J?w?, yang ditadbir sepenuhnya oleh anak tempatan.

Dato' Haji ‘Abdu'Ll?h ‘Abd al-Ra?m?n ialah Yang Dipertua P. BM. P. B. Diraja yang pertama sejak ia dinaik?araf. Beliau juga ialah mantan Yang Dipertua Jabatan Agama Isl?m Johor dan menghasilkan pelbagai karya terjemahan yang mashh?r, antaranya:

Terjemahan Ris?lah al-Taw??d - buku teks ‘Aq?dah J?w?.

Matahari Memancar: Tarikh Kerajaan Jepun, terjemahan daripada Mu??af? K?mil Pash?, Shams al-Mushriqah

A?k?m Shar‘iyyah Johor, terjemahan dan penyesuaian dari Majallah al-A?k?m al-‘Adliyyah, Turki - yang menjadi karya teras perundangan Isl?m Johor Darul Ta‘zim.

Isl?m dan Tamaddun, terjemahan daripada Far?d Wajd?, al-Isl?m wa al-?a??rah.

Sebagai seorang tokoh ‘ilmuwan yang diasuh dalam tradisi Isl?m, beliau telah menghasilkan Kitab Permulaan Petuturan Melayu, sebuah karya penting mengenai jalan bahasa Melayu-J?w?.

Karya ini menyerlahkan ke‘ilmuwan bahasanya, yang mana beliau telah menggabungkan kecanggihan na?u ‘Arab dengan keindahan bahasa Melayu-J?w?.

Beliau memperkenalkan i??il??-i??il?? Melayu a?li bagi beberapa konsep bahasa seperti Gahara (subject, f?‘il); Rakam (maf‘?l, object) dan banyak lagi.

Petuturan Melayu ‘ib?rat peta atau panduan na?? yang menerangkan kota bahasa J?w?, ya‘n? menunjukkan jalan dan arah yang perlu dilalui bagi tiba ke ma‘n? yang ters?rat yang berdiam di dalam “binaan” Perkataan. Setiap satu perkataan itu terbina oleh “batu” Nama dan “bata” Pebuatan, dan diikat oleh “simen” Diwal. Jika Perkataan itu di‘ib?ratkan sebagai “binaan”, maka tinggi-rendah, besar-luas dan sempit-lapang binaan itu ialah Segala Kelakuan perkataan – ya‘n? aneka ragam binaannya. Di dalam kit?b ini setiap satu binaan, batu, bata, simen dan aneka ragam binaannya disertakan ta‘r?f dan contoh bagi memahami kepesatan kota bahasa J?w?.


*****