Kitab Perubatan Melayu: Rumah Ubat di Pulau Penyengat
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
KitabPerubatan Melayu: Rumah Ubat di Pulau Penyengat
Author: Raja ??ji A?mad ibni Raja ?asan al-??j, ?ab?bDiraja Kesul??nan Riau
Publisher: KlasikaMedia
ISBN: 9789671571613
Year: 2018
Weight: 0.180 kg
Pages: 90 pp
Price: RM35
Pengenalan, Per?m?an dan Analisis oleh
Dr Mohd Affendi Mohd Shafri
Keistimewaan terbitan kami:
- dilengkapidengan per?m?an bernota kaki, senarai ubatan dan formulasi, senarai penyakitdan kit?b
- naskhahJ?w? dilampirkan
- cetakanwarna pada kertas bermutu tinggi
-latarbelakang kegiatan keilmuan dan amalan perubatan di Pulau Penyengat
Ringkasan:
Sebuah daftar ramuan ubatan dan daftar aturan menggunakankhidmat tukang ubat atau ?ab?b atau doktor. Walaupun naskhah ini kelihatanringkas, tetapi ia penting dinilai kerana keunikannya sebagai naskhah perubatanMelayu yang terawal dicetak, dan oleh Percetakan Riyauwiyah iaitu salah saturumah cetak kepunyaan orang Melayu yang terawal pula. Selain itu, penulisnyaadalah seorang ?ab?b diraja Ke?ultanan Riau yang bergiat aktif dalam penulisandan persatuan seperti Kelab Rushdiyah. Beberapa aspek penting naskhah initermasuklah memberikan sedikit gambaran tentang tataamalan seorang doktorMelayu di Riau, cabaran yang dihadapinya secara logistik dan penyakit-penyakityang sering ditemui mash?rakat ketika itu.
Keistimewaan kitab ini:
Rumah Ubat di Pulau Penyengat dicetak di Matba‘ah Riauwiyahdi Pulau Penyengat pada tahun 1894, menjadikannya sebagai naskhah bercetakperubatan Melayu yang tertua sekali di alam Melayu, iaitu setahun lebih awwaldaripada tarikh tercetaknya naskhah ?ayyib al-I?s?n f? ?ibb al-Ins?n karyaShaykh A?mad al-Fa??n? (1895).