Kombo S. Othman Kelantan
- Regular price
- RM 144.00
- Sale price
- RM 144.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Nagogho Astana
Author: S. Othman Kelantan
Publisher: Nusa Centre
ISBN: 9789672428237
Weight:
Pages: 344pp
Year: 2021
Price : RM45
==================
Ustaz
Author: S. Othman Kelantan
Publisher: Nusa Centre
ISBN: 9789672428213
Weight:
Pages: 356pp
Year: 2021
Price : RM45
Sebagai seorang ustaz yang mendapat pendidikan dari Universiti Al-Azhar, dia berazam agar nafsu natiqahnya akan menunggangi nafsu nasamah. Dia mesti jujur. dia mesti lurus. Dia mesti benar dalam kata-kata, dalam niat, dan dalam perbuatan. Demikian kejap keazaman yang tertanam di sanubarinya. Namun dia adalah manusia tulen. Berdarah, berdaging, bergelumang dengan perasaan dan juga nafsu. Apabila dia berdepan dengan Siti Nuriza, anak Datuk Jalal Akhbar gadis sunti jelmaan kijang emas yang lincah, dia terkepung serta terjerat dalam perasaan cinta dan nafsu yang seolah-olah tidak memberikannya jalan keluar.
===================
Norbani
Author: S. Othman Kelantan
Publisher: Nusa Centre
ISBN: 9789672428220
Weight:
Pages: 182pp
Year: 2021
Price : RM35
Betapa besarnya dosa seorang seniman yang menghampakan harapan sesama manusia. Berjayakah dia berlaku jujur dalam seluruh kerja seninya, sebab seni itu adalah jiwanya. Inilah Muhammad Faris! Nancy Kwan yang menggiurkan, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk objek seninya, apatah lagi Tengku Norbani, gadis sunti kerabat diraja dengan segala kecanikan dan keghairahan yang ada di tubuhnya. Dan Saleha gadis desa yang mulus dengan kecantikan semulajadi. Dapatkan darah muda yang mengalir dalam tubuh Muhammad Faris mempertahankan amanat dirinya untuk berlaku jujur dalam setiap kerja seninya? Malaikatkah Muhammad Faris ini? Tidak! Dia manusia.
===================
Angin Timur Laut
Author: S. Othman Kelantan
Publisher: Nusa Centre
ISBN: 9789672428206
Weight:
Pages: 198
Year: 2021
Price : RM35
Kehidupan nelayan pesisir di Pantai Sabak merungkai tentang derita kaum nelayan bukan sahaja menghadapi Angin Timur Laut yang menghalang mereka mencari rezeki berbulan lamanya, tetapi juga penindasan lintah darat serta menusia berkepentingan yang tidak kenal belas kasihan. Saleh berjuang mencari nafkah untuk isteri dan anak-anaknya, mengharungi semua rintangan dan khianat. Tetapi kemiskinan adalah lubang gelap yang tidak punya jalan keluar. Malah kemiskinan juga menukarkan watak manusia menjadi haiwan. Angin Timur Laut melukiskan kehidupan dengan seni yang hidup sekali. Novel ini adalah mahakarya S. Othman Kelantan.