• WhatsApp_Image_2021-05-04_at_12.09.14
  • WhatsApp_Image_2021-05-04_at_12.09.14
1

Konflik Beruang Matahari: Kaedah Dan Keberkesanan Pelepasan Semula

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Konflik Beruang Matahari: Kaedah Dan Keberkesanan Pelepasan Semula

Author: Mohammad Kamaruddin Zainul Abidin, Shukor Md Nor, Mohammad Saiful Mansor

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789672512264

Weight: 200 g

Pages: 158

Year: 2021

Price : 35.00


Adakah beruang matahari (Helarctos malayanus) yang dilepaskan semula ke hutan mampu beradaptasi? Jika ya, apakah elemen penting yang mempengaruhi kemampuan haiwan omnivor ini untuk beradaptasi? Sebanyak 13 individu beruang telah dilepaskan semula ke habitat liar bagi menjawab persoalan yang belum terungkai. Tahap adaptasi beruang dinilai berdasarkan status pemantauan dan corak, arah serta saiz pergerakan beruang yang telah dicerap selama minimum tiga bulan. Faktor-faktor peribadi dan komponen persekitaran yang berkaitan dengan adaptasi beruang telah ditentukan dan disusun mengikut tahap pengaruhnya terhadap adaptasi beruang. Buku ini turut mencadangkan beberapa panduan penting untuk penambah baikan pengurusan rehabilitasi beruang matahari di pusat menyelamat, serta meningkatkan kemandirian beruang setelah dilepaskan ke hutan.

MOHAMMAD KAMARUDDIN ZAINUL ABIDIN, PhD, Pensyarah Kanan di Unit Biologi, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang. Beliau berpengalaman dalam kajian ekologi dan adaptasi hidupan liar. Pernah dijemput Kumpulan Penyelidik Beruang Matahir di Asia Tenggara untuk membentangkan status dan isu semasa berkaitan beruang matahari di Semenanjung Malaysia. SHUKOR MD NOR, PhD, Doktor Veterinar dan Profesor dengan pengkhususan dalam bidang Ekologi dan Pengurusan Hidupan Liar serta kini berkhidmat sebagai Pengerusi Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). MOHAMMAD SAIFUL MANSOR, PhD, Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Beliau berkepakaran dalam bidang Ekologi dan Biodiversiti dari Universiti Malaya.