Konsep Baharu Penerapan Pembelajaran Orang Asli Berasaskan Tenaga Solar
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Konsep Baharu Penerapan Pembelajaran Orang Asli Berasaskan Tenaga Solar
Authors: Mazzlida Mat Deli, Ruhizan Mohamad Yasin dan Noraini Mokhtar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861374
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2023
Price: RM35
Pusat Pembelajaran Komuniti Orang Asli seharusnya memenuhi keperluan persekitaran lokal dan gaya hidup Orang Asli bagi memastikan ianya lestari. Persekitaran lokal adalah merujuk kepada elemen-elemen yang memberi kesan kepada kehidupan contohnya keadaan fizikal penempatan, tradisi kehidupan serta cara hidup yang tersendiri.
Keadaan fizikal penempatan Orang Asli yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka kurang mendapat perhatian dan kurang menerima kemudahan yang dibekalkan. Kekurangan ini menyebabkan mereka terus tercicir dari arus pemodenan semasa dan tidak merasa berkepentingan.
Buku ini berkongsi panduan dalam memperkasakan Orang Asli tanpa mengenepikan budaya nenek moyang mereka melalui aspek pengenalan kepada Pusat Pembelajaran Komuniti, pendedahan kepada konsep asas tenaga solar, latihan penggunaan aplikasi tenaga solar menggunakan kit pembelajaran solar dan aspek keselamatan penggunaan alatan. lanya diharap agar buku ini dapat memberi idea bagi memenuhi keperluan khas pendidikan komuniti Orang Asli sekali gus membawa kepada wawasan masa depan melalui transformasi sikap dan pengekalan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.