• Konsep_dan_Genre_Kesusasteraan_Melayu-305x305.jpg
  • Konsep_dan_Genre_Kesusasteraan_Melayu-305x305
  • Konsep_dan_Genre_Kesusasteraan_Melayu-305x305.jpg
  • Konsep_dan_Genre_Kesusasteraan_Melayu-305x305
1

Konsep Dan Genre Kesusasteraan Melayu

Regular price
RM 68.00
Sale price
RM 68.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Konsep Dan Genre Kesusasteraan Melayu

Editor: Hashim Ismail
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674882426
Weight: 
Pages: 308pp
Year: 2022
Price: RM68

Buku Konsep dan Genre Kesusasteraan Melayu adalah bermatlamat untuk memberikan maklumat tentang asas konsep dan pembentukan genre dalam bidang kesusasteraan Melayu. Secara umum, pentakrifan konsep genre dan persejarahan kemunculan sesuatu genre sastera dibincangkan secara terperinci dan diikuti dengan contoh-contoh karya dan pengarang yang muncul dalam zaman awal pembentukan genre berkenaan.

Susunan buku ini dimulakan dengan konsep dan genre yang terdapat dalam ilmu kesusasteraan Melayu klasik sebelum selanjutnya dibincangkan konsep dalam bidang-bidang kesusasteraan Melayu moden. Kemudian bab-bab seterusnya disusun mengikut perkembangan dan kesinambungan ilmu sastera yang berkembang sesuai dengan perubahan zaman, dari zaman moden sehingga zaman pascamoden dan era digitalisasi. Kontinuiti bab turut disesuaikan dengan perkembangan zaman revolusi industri 4.0 yang melibatkan penawaran ilmu sastera dalam ruang teknologi terkini.

Buku ini adalah sesuai dibaca oleh para pelajar, pengkaji, khalayak sastera, dan pembaca umum. Malahan buku ini dapat dimanfaatkan oleh para ahli akademik di universiti-universiti untuk membincangkan konsep pengenalan bagi subjek pengajaran dan pembelajaran dalam silibus masing-masing.