Kullu Bid''ah Dalalah: Bacaan Kritis dan Harmoni ke Atas Mafhum al-Bid''ah wa-Atharu-hu fi Idtirab al-Fatawa al-Mu''asirah
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kullu Bid'ah Dalalah: Bacaan Kritis dan Harmoni ke Atas Mafhum al-Bid'ah wa-Atharu-hu fi Idtirab al-Fatawa al-Mu'asirah
Author: Syeikh Alawi al-Saqqaf
Publisher: Wani Hamzah Ent.
ISBN: 9789671854204
Weight: 0.28kg
Pages: 172
Year: 2021
Price: RM30
Selaku negara yang didominasi ulama-ulama beraliran Salafi yang berpegang kepada pendapat setiap bidaah adalah sesat, Arab Saudi digemparkan dengan tindakan Dr. Abd al-llah al-Arfaj, uloma Arab Saudi yang beraliran Ash'ari-Sufi menulis buku Mafhum al-Bid'ah bagi menyokong pendapat yang bertentangan. Menariknya, al-Arfaj cuba membuktikan kesalahan pendapat setiap bidaah sesat menggunakan perbezaan antara fatwa dan pendapat ulama-ulama Salafi khususnya dari Arab Saudi sendiri dalam masalah furuk.
Keadaan ini memaksa Syeikh 'Alawi al-Saqqåf daripada aliran Salafi menulis buku Kullu Bid'ah Dalalah ini bagi menjawab kritikan-kritikan Dr. Abd al-IIah al-Arfaj. Tidak beberapa lama kemudiannya, jawapan Syeikh Alawi al-Saqqaf disambut dengan penghujahan balas oleh Dr. Abd al-llahal-'Arfaj dalam cetakan kedua buku Mafhum al-Bid'ah. Syeikh Alawi al-Saqqaf tidak mahu mengalah, malah mengkritik semula Dr. Abd al-llah al-Arfaj dalam mukadimah cetakan kedua buku Kullu Bid'ah Dalalah.
Sebagai karya ulama Salafi dari Arab Saudi, dan pula ditulis sebagai jawapan ke atas kritikan lawan, Kullu Bid'ah Dalalah harus dibaca dan dihayati bagi mereka yang mahu memahami prinsip ulama-ulama Salafi berhubung konsep bidaah secara adil dan insaf.