Literasi Kewibawaan Maklumat Warga Siber
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Literasi Kewibawaan Maklumat Warga Siber
Editor: Normah Mustaffa & Muhamad Faisal Ashaari
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672515043
Weight: 0.249kg
Pages: 154
Year: 2021
Price: RM30
Pada abad ke-21, literasi bermaksud literasi media dan digital. Kita hidup dalam dunia media yang mempunyai pengaruh sangat kuat 24/7. Terdapat peningkatan drastik dalam jumlah masa yang diluangkan dengan media dalam kehidupan seharian kita, baik dari peringkat usia kanak-kanak, remaja, belia, dewasa hinggalah kepada mereka yang bertaraf warga emas. Sekiranya digunakan dengan baik, media dapat menghiburkan dan memberi maklumat kepada kita dengan cara yang positif. Namun, kebanyakan kita tidak celik media sehingga mendatangkan pelbagai kesan negatif akibat penggunaan media yang berlebihan. Masalah menjadi semakin meruncing apabila pengguna maklumat terutama di media sosial yang tanpa ragu-ragu mempersoalkan kewibawaan sumber dan mesej yang diterima dan ada juga yang terus menularkannya tanpa usul periksa kesahihan maklumat yang diterima. Sebagai pengguna media, kita seharusnya belajar untuk menerapkan pemikiran kritis kepada setiap mesej media dan menggunakan media untuk kegunaan dan faedah diri sendiri serta masyarakat di sekeliling. Tidak dinafikan bahawa perubahan sosial yang berlaku akibat daripada kepesatan teknologi, industralisasi dan mobilisasi memberi cabaran terbesar terhadap sistem keluarga pada hari ini. Perubahan ini juga telah membawa perubahan kepada peranan ibubapa dan anak-anak dalam sistem komunikasi keluarga.