Manhaj Kritikan Ahmad Deedat Terhadap Bible
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Manhaj Kritikan Ahmad Deedat Terhadap Bible
Authors : Azizan Othman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861510
Weight: 0.3
Pages: 134 pp
Year: 2024
Price: RM30
Kesan gerakan mubaligh Kristian yang cuba menyebarkan agama Kristian dalam kalangan umat Islam di Afrika Selatan sangat mempengaruhi pandangan dan persepsi Ahmed Deedat terhadap agama Kristian. Beliau dibesarkan dalam minoriti penganut agama Islam yang menghadapi masalah Kristianisasi dan penghinaan terhadap agama Islam oleh para mubaligh Kristian.
Hal ini secara tidak langsung mencorak manhaj dan pendekatan beliau untuk berdakwah secara lebih kritis bagi menghadapi ancaman tersebut. Ahmad Deedat, seorang tokoh perbandingan agama yang dikagumi, dilahirkan pada 1 Julai 1918 di Tadkeswar, Gujarat, India. Kritikan Ahmed Deedat terhadap Kitab Bible Kristian bukanlah tindakan provokasi semata-mata.
Buku ini menghuraikan manhaj-manhaj kritikan Ahmad Deedat terhadap Bible Kristian yang mengandungi tema-tema penting kritikan beliau terhadap ajaran yang terkandung dalam agama Kristian.