Membina Masyarakat Madani Sejahtera: Pendidikan, Dakwah, Politik dan Kepimpinan
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Membina Masyarakat Madani Sejahtera: Pendidikan, Dakwah, Politik dan Kepimpinan
Author: Noor Rohana Mansor, Mohd Yusri Ibrahim & Wan Nurhafeza Wan Salam
Publisher: UMT Press
ISBN: 9789672939986
Weight: 0.5kg
Pages: 229pp
Year: 2022
Price: RM38
Masyarakat madani mencitrakan masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian, kebendaan serta beradab dan menyanjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan. Keseimbangan aspek-aspek tersebut merupakan kunci dalam keharmonian sejagat yang telah diberi penekanan dalam Islam. Namun ketidakseimbangannya menjadi punca kepada kecelaruan hidup yang seterusnya menimbulkan pelbagai isu dan permasalahan antaranya dalam aspek sosial. Pengisian buku ini berasaskan kepada koleksi kertas kerja hasil penyelidikan dengan fokus Membina Masyarakat Madani Sejahtera: Pendidikan, Dakwah, Politik dan Kepimpinan yang telah dibentangkan dalam Seminar MADANI 2020 anjuran Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL), Universiti Malaysia Terengganu. Kompilasi hasil penyelidikan ini disatukan di bawah pendekatan Islamik berbanding pendekatan konvensional bagi menambah khazanah ilmu berteraskan Islam. Semoga kompilasi hasil penyelidikan ini menjadi pemangkin kepada pengisian masyarakat madani yang relevan dengan perkembangan masa dan zaman serta menjadi wacana perbincangan untuk dimanfaatkan bersama.