Mengurus Konflik
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Mengurus Konflik
Author: Malike Brahim
Publisher: IBS Buku
ISBN: 9789679502589
Weight: 0.222
Pages: 172pp
Year: 2008
Price: RM30
Konflik lazimnya dilihat sebagai percanggahan, pertelingkahan, perbezaan dan persaingan di antara dua atau lebih pihak. Apabila disebutkan tentang konflik, suatu persepsi timbul bahawa konflik merupakan sesuatu yang negatif dan tidak dikehendaki dalam kehidupan seseorang mahupun dalam kelompok dan organisasi. Hal ini kerana konflik akan menimbulkan pelbagai kesan negatif seperti perpecahan, pergaduhan, kecederaan, kekecewaan, kekalahan, kemusnahan dan kematian. Oleh sebab itu, konflik bukanlah suatu fenomena yang diminta oleh pelbagai pihak untuk berlaku. Mengurus Konflik membincangkan kaedah, pendekatan dan strategi menguruskan konflik dan bagaimana mengurus konflik daripada yang bersifat negatif menjadi positif. Dalam pada itu, perbincangan juga menyentuh mengenai jenis, sumber dan proses konflik yang boleh dilihat daripada pelbagai perspektif. Oleh itu, sebagai jalan penyelesaian, beberapa pendekatan boleh dipraktikkan bagi menyelesaikan konflik sama ada secara konstruktif atau destruktif.