Metodologi Penerimaan Dan Penyampaian Hadis
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
MetodologiPenerimaan Dan Penyampaian Hadis
Author: MohdAzrin Johari
Publisher: UMPress
ISBN: 9789831008799
Year: 2016
Weight: 0.200kg
Pages: 88
Price: RM38
Hadis merupakan sumber terpenting dalam perundangan agamaIslam selepas al-Quran. Peranan utama hadis adalah menghuraikan kandunganal-Quran yang telah diperagakan oleh Rasulullah SAW dalam sudut kehidupannya. Setiaphadis yang disampaikan oleh Baginda SAW akan diamalkan dan dipeliharasebaik-baiknya oleh golongan para sahabat. Baginda SAW menyampaikan hadis kepadapara sahabat dengan pelbagai metode supaya tinggi tahap keberkesanannya. Parasahabat yang menerima hadis daripada Baginda SAW akan menyampaikan hadis kepadapara tabi’in dengan metode yang disebut sebagai thuruq tahammul al-hadith washiyagh adaa al-hadith. Seterusnya para tabi’in juga menggunakan metode-metodeyang sama dalam menyampaikan hadis kepada para atba’ tabi’in. Amalan ini berterusansehinggalah hadis yang berasal daripada Baginda SAW terus terpelihara sehinggakini. Umumnya kita perlu berterima kasih kepada muhaddithin terdahulu keranabertungkus-lumus dalam mempertahan survival hadis.
Buku ini menyentuh secara ringkas berkaitan thuruq tahammul al-hadithwa shiyagh adaa al-hadith yang merupakan antara cabang daripada ilmu musthalahal-hadith. Terdapat lapan (8) metode penerimaan dan penyampaian hadis yangdigunakan oleh muhaddithin terdahulu dihuraikan pada tahap asas untuk kefahamansegenap peringkat pembaca. Buku ini juga menghuraikan dua puluh lapan (28)kaedah yang digunakan oleh Baginda SAW dalam menyampaikan hadis kepada para sahabat.Selain itu, adab-adab sebagai pengajar dan pelajar hadis turut dikupas sebagaipanduan untuk mencontohi akhlak terpuji muhaddithin terdahulu. Sesuai dimilikioleh semua peringkat penuntut ilmu terutamanya bagi pelajar dalam jurusan ilmuhadis dan mereka yang meminati bidang ilmu hadis.