Modul Hubungan Etnik
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Modul Hubungan Etnik
Editor: Shamsul Amri Baharuddin
Publisher: Institut Kajian Etnik (KITA)
ISBN: 9789671091401
Year: 2012
Pages: 250 pp
Price: RM25
KursusHubungan Etnik telah diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dinegara ini sejak tahun 2005. Bagi menampung keperluan para pelajar terbabit,satu modul telah diterbitkan dengan tujuan untuk mendedahkan mereka kepadatajuk- tajuk asas meliputi pelbagai bidang seperti perlembagaan,politik, ekonomi, agama dan pendidikan. Selari dengan janji kami untuk terusmembaiki modul bagi kursus ini secara berterusan dan berkala,berdasarkanperkembangan semasa dan juga maklum balas daripada pelbagai pihak, terutamapensyarah dan pelajar, maka kami pun mengambil keputusan untuk menerbitkan bukubaharu ini.
Buku iniberbeza daripada modul terdahulu dari segi konsep, orientasi dan kandungan.Jika dalam modul sebelumnya, kerangka konseptual adalah berteraskan paradagimakon?ik, tetapi dalam bukuini kerangka konseptual adalah berdasarkan paradigmakesepaduan sosial sebagai suatu pendekatan alternatif untuk melihathubungan etnik di Malaysia dan kompleksiti yang wujud di dalamnya.
Buku ini memberikantumpuan bukan sahaja kepada konsep takrifan autoriti,tetapi juga takrifanharian. Dengan itu, perbincangan bukan sahaja tertumpu kepada himpunan dasar danlangkah yang digagaskan oleh kerajaan dalam usaha mencapai kesepaduan danperpaduan, tetapi memaparkan juga bagaimana rakyat di peringkat akar umbi berinteraksi dalampelbagai aktiviti harian. Ini bermakna, pola hubungan etnik di negara inidibincangkan dari perspektif bagi memberigambaran yang lebih menyeluruh tentang realiti sosiopolitik yang wujud di negaraini.
Buku inicuba mengelakkan beberapa kelemahan yang terkandung dalam modul sebelumnya darisegi perulangan fakta dan tajuk yang ketara dan juga tahap keterbacaan,penyampaian dan pengolahan bahan. Modul ini tidak mendakwa sebagai teks yangde?nitif, terperinci dan menyeluruh, tetapi lebih sebagai bahan rangsangan untukpelajar terus menerokai pelbagai sempadan ilmu yang berkemungkinan berkaitdengan hubungan etnik di negara ini. Diharapkanpara pelajar dapat menjadikan bahan perbincangan dalam buku ini untuk memikir danmeneliti isu dan hal-hal penting bersabit dengan hubungan etnik kerana hubunganetnik merupakan sebahagian daripada kehidupan dan pengalaman seharian kitasemua.
Buku iniditulis oleh 24 orang penulis, daripada latar belakang disiplin yang berbeza,daripada pelbagai institusi, termasuk pakar dalam bidang hubungan etnik, sains politik,perlembagaan, ekonomi, sejarah, sosiologi, antropologi, agama danpendidikan. Proses penulisan dan pembaikan buku ini telah melalui pelbagai tahapyang mengambil masa selama 14 bulan. Pada peringkat awal, sesi taklimat danpercambahan pemikiran diadakan bagi menentu dan menjelaskan orientasi dan konsepyang sesuai digunakan. Kemudian, beberapabengkel penulisan dan perbincangan lanjut diadakan bagi tujuan pemurniaan,sebelum manuskrip diserahkan kepada pakar untuk dinilai. Seramai 11 orang pakartelah memberikan komen yang kritis dan konstruktif kepada manuskrip awal bukuini.
Berdasarkanmaklumbalas dan cadangan pakar, pembaikan dilakukan terhadap manuskrip asal sebelumproses penyuntingan dilakukan. Tugas menulis modul seperti ini adalah rumit,rencam dan remeh, dan memerlukan ketelitian, tumpuan tanpa berbelah bahagi dankomitmen oleh semua pihak. Melalui kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapanterima kasih kepada semua pihak yang terbabit, khususnya para penulis,penilai, penyunting, pengindeks dan pereka letak. Kepada Kementerian Pengajian Tinggi,terima kasih daun keladi kerana memberi sokongan dan bantuanyang diperlukan sehinggamemungkinkan buku ini diterbitkan.
ProfesorUlung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin
Ketua Editor