• my-11134207-7r992-lni3czxpfdrx21.jpg
  • my-11134207-7r992-lni3czxpfdrx21
  • my-11134207-7r992-lni3czxpfdrx21.jpg
  • my-11134207-7r992-lni3czxpfdrx21
1

Narasi Kembara Hamka Dan Sayyid Qutb ke Amerika

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Narasi Kembara Hamka Dan Sayyid Qutb ke Amerika

Author:Nursyuhadah Zuhaidi & Firuz Akhtar Lubis
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786297547763
Weight: 215g
Pages:130pp
Year: 2023
Price:RM35

Hamka dari Indonesia dan Sayyid Qutb dari Mesir merupakan pemikir Islam moden abad ke-20 yang mengembara ke Amerika. Menariknya, kedua-dua tokoh pemikir Islam moden yang berbeza negara ini telah melawat ke Amerika pada jangka masa yang hampir sama iaitu Sayyid Qutb pada tahun 1948 manakala Hamka pada tahun 1952. Sayyid Qutb menulis catatan kembara berjudul Amrika Allati Raaitu manakala catatan kembara Hamka berjudul 4 Bulan di Amerika. Buku ini ditulis bertujuan menjelaskan tawanan pemikiran Hamka dan Sayyid Qutb menerusi catatan kembara mereka sekali gus membandingkan tawanan pemikiran tersebut.

Buku ini mengandungi 10 bab kesemuanya. Bab 1 memperkenalkan susuk Hamka dan Sayyid Qutb dengan lebih dekat manakala Bab 2 mengetengahkan konsep dan definisi teori Realisme George Lukacs. Bab 3 mengulas tentang konsep tawanan pemikiran serta perbincangannya dalam bidang sastera kembara. Itinerari perjalanan Hamka ke Amerika serta perincian catatan kembaranya dapat dilihat dalam Bab 4 manakala Bab 5 membentangkan tentang itinerari perjalanan Sayyid Qutb ke Amerika dan catatan kembaranya. Bab 6 dan bab 7 buku ini menilai pemikiran dan pandangan Hamka terhadap persekitaran dan agama di Amerika. Pandangan Sayyid Qutb terhadap Amerika daripada aspek pembangunan dan agama dihuraikan dengan terperinci dalam bab 8 dan 9. Bab 10 iaitu bab terakhir buku ini menjelaskan tentang perbandingan tawanan pemikiran Hamka dan Sayyid Qutb dengan lebih mendalam.